Rojak Daily Logo
Back to top

Berwajah Baharu, ERA Sarawak Tampil Kandungan 100% Lokal

Semua pengisian dan kandungan dalam bahasa Sarawak.

0
comments
Berwajah Baharu, ERA Sarawak Tampil Kandungan 100% Lokal
Foto: ERA Sarawak

Jika sebelum ini pendengar ERA di Sarawak mendengarkan JoHaRa Pagi ERA sebagai santapan hiburan pagi mereka, kini ERA Sarawak mengambil inisiatif untuk tampil dengan barisan penyampai dan kandungan serba baharu, 100 peratus lokal.

 

Mengikut jejak langkah ERA Sabah yang telah menukar keseluruhan kandungan dan pengisian mereka kepada kandungan tempatan dalam dialek Sabah, ERA Sarawak turut memperkenalkan gandingan pagi mereka yang baru untuk mengendalikan segmen Pagi ERA Sarawak iaitu Fir Affandi dan Afick.

 Gandingan terbaharu Pagi ERA Sarawak, Fir dan Afick.

Menurut Pengurus Besar Astro Radio Bahagian Sabah & Sarawak, Hafiz Nizamudin, wajah baharu ini bukan sahaja menyajikan kandungan yang lebih menarik malah mampu pergi lebih dekat di hati peminat.

 Keluarga besar ERA Sarawak.

“Selaras dengan usaha Astro Radio untuk mengukuhkan kedudukan ERA sebagai jenama nombor satu pilihan pendengar di  Malaysia, ERA telah memperluaskan capaian gelombang jenama ini dengan menyajikan 100 peratus pengisian dalam bahasa Sarawak."

 

Bakal berwajah baharu pada 22 Januari ini menerusi segmen Pagi ERA Sarawak, Fir Affandi dan Afick bakal mengalas tugas ini dan mereka mahu menyuntik pengalaman baru buat pendengar dengan susunan pengisian yang padat dan menghiburkan.

 Barisan penyampai ERA Sarawak dengan 100%25 kandungan lokal.

Jelas Hafiz lagi, "barisan penyampai ERA Sarawak terkini iaitu Afick, Fir Affandi, Chopie, Elya, Ezri, Napio & Jonathan Ding sememangnya bertenaga dan lincah khas buat peminat ERA. Diharapkan agar kehadiran Afick and Fir untuk segmen Pagi ERA Sarawak dapat mencuit hati dan menggembirakan pendengar ERA setiap pagi".

 
 
Comments