CLOSE
CLOSE

“Banyak Kelebihan Tinggal Bersama Mertua” - Marsha

Belajar mendalami agama dan juga belajar memasak.


  • Share:

“Banyak Kelebihan Tinggal Bersama Mertua” - Marsha
Keluarga mertua sangat memahami. (Pic: Z.Nadzri)

“Masa mula kahwin, susah saya nak faham apa keluarga suami cakap sebab mereka orang Utara menggunakan loghat Pulau Pinang dan Kedah. Sekarang saya pun dah boleh cakap Utara dan kalau ada drama yang buat cerita orang belah sana, saya boleh berlakon dah,” ujar Marsha Milan Londoh, 32, mengenai perubahan hidupnya sekarang selepas dua tahun mendirikan rumah tangga dengan Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail, 36.

Mertua memahami saudara baru.

Menurut Marsha lagi, dia bertuah kerana mendapat mentua yang simple dan sangat memahaminya sebagai saudara baru.

“Sejak berkahwin kami tinggal dengan keluarga Shaiful. Bukan ibu bapa mentua saja yang ada tetapi ada beberapa ahli keluarga lain yang tinggal di sana menjadikan suasana rumah sentiasa meriah.

Lakukan tugas bersama.

“Masak beramai-ramai dan kami makan bersama. Saya ada belajar masak dengan emak mentua tetapi selalunya emak yang masak, saya tukang siang,” kata Marsha kepada Rojak Daily Kaw!

Dengan bantuan keluarga mentua juga, Marsha sedang mendalami agama Islam, belajar mengaji dan memperbetulkan bacaan dalam solat.

Tiada tekanan soal anak.

“Syukur mereka sangat mengambil berat pasal saya dan mereka juga tidak terlalu mendesak pasal anak. Bukannya saya merancang tetapi belum ada rezeki,” katanya.

Dia dan suami juga tidak bercadang untuk tinggal di rumah sendiri kerana mereka selesa menetap bersama keluarga.

Kembali bekerja.

Semalam Marsha terbang ke Bulgaria untuk menjalani penggambaran dua program di sana iaitu travelogue dan Ready, Set, Action! Kedua-dua program itu untuk siaran di Astro Ria.

Marsha ke sana selama seminggu ditemani pengurus dan suaminya.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top