Rojak Daily Logo
Back to top

Tiket Tayangan Perdana Filem LEE CHONG WEI Dijual Bermula Dari RM88

Filem ini mengandungi versi tambahan berdurasi 133 minit yang tidak akan ditayangkan di mana-mana pawagam.

0
comments
Tiket Tayangan Perdana Filem LEE CHONG WEI Dijual Bermula Dari RM88
Foto: Yonex

Peminat pemain Badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei bakal menjadi saksi kepada tayangan sulung filem LEE CHONG WEI versi tambahan berdurasi 133 minit pada 9 Mac 2018 di Stadium Nasional, Kuala Lumpur.

 

Acara 'Tayangan Perdana Sedunia Lee Chong Wei Versi Tambahan 133 minit' itu akan dihadiri Chong Wei dan keluarga, jaguh-jaguh badminton negara, selebriti serta pengarah dan para pelakon filem LEE CHONG WEI.

 


Filem arahan Teng Bee itu mengisahkan kehidupan awal Lee Chong Wei yang penuh liku sehingga menjadi pemain badminton nombor satu dunia.

 

Tarikan utama majlis anjuran CB PICTURES dan SKY EVENTS dengan kerjasama MAHU PICTURES ini ialah tayangan filem LEE CHONG WEI versi tambahan berdurasi 133 minit yang tidak akan ditayangkan di mana-mana pawagam.

 

Penerbit Eksekutif Filem, Datuk Joe Lee berkongsi, “Lee Chong Wei belum lagi menonton filem berkenaan dan akan menyaksikannya buat pertama kali bersama penonton yang hadir pada majlis yang berlangsung pada 9 Mac. Ia akan menjadi majlis istimewa buat Chong Wei dan semua yang hadir," katanya.

 

Dalam majlis berkenaan, peminat juga boleh menyaksikan acara Permaidani Merah sepanjang 100 meter yang mengalu-alukan kedatangan jaguh-jaguh badminton tanah air, para pelakon filem ini serta tetamu selebriti. Pihak penganjur akan turut menjemput skuad badminton Negara yang menjuarai Piala Thomas 1992 ke acara penuh bermakna ini.

 


Tiket untuk acara berharga RM88, RM108, RM128 dan RM168 boleh dibeli di sini bermula 20 Januari 2018. Sebarang pertanyaan mengenai tiket boleh dikemukakan di talian +603 8605 0195.

 

Setiap pembelian tiket membolehkan penonton menerima secara percuma, sehelai kemeja-T filem LEE CHONG WEI yang bernilai RM59, sekeping tiket filem LEE CHONG WEI di pawagam GSC, sekeping poster edisi terhad filem LEE CHONG WEI yang ditandatangani terdahulu oleh Lee Chong Wei dan para pelakon serta satu beg tenunan tajaan filem. Semua ini akan diedarkan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari tayangan perdana nanti.
 

Selain itu, penonton juga akan dihiburkan dengan persembahan para penyanyi popular yang bakal diumumkan kelak. Mereka akan menyanyikan lagu-lagu tema filem.  Sekurang-kurangnya 10 gerai penaja akan diadakan di dalam Stadium Nasional dan ia akan bermula sebaik pintu stadium dibuka untuk penonton bermula jam 4 petang pada 9 Mac.


Pembeli tiket juga berpeluang memenangi hadiah menarik untuk cabutan bertuah seperti raket badminton YONEX LEE CHONG WEI sebanyak 100 unit, telefon pintar SAMSUNG (5 unit), buku filem (30 unit) dan pelbagai lagi hadiah menarik disediakan.

 
 
Comments