Rojak Daily Logo
Back to top

“Saya Belum Bersedia” – Siti Nordiana

Mahu nikmati sepuasnya peluang kedua yang diperolehi.

0
comments
“Saya Belum Bersedia” – Siti Nordiana
Mahu tumpukan pada anak dan ibu bapa. (Pic: Z.Nadzri)

“Saya terharu dengan keprihatinan peminat yang mahu melihat saya berkahwin semula tetapi buat masa ini saya belum bersedia untuk bergelar isteri sekali lagi,” ujar Siti Nordiana Alias, 33 atau Nana mengulas mengenai gosip kononnya dia sedang ‘rapat’ dengan pengurusnya, Anas dan turut dikaitkan dengan rakan artis, Zoey.

Tidak letak sasaran.

Tegas ibu tunggal itu lagi, dia tiada hubungan istimewa dengan mereka berdua.

“Belum waktunya lagi untuk saya berkahwin tetapi saya juga tidak meletakkan sasaran. Jika ada jodoh, adalah. Saya tak marah pun apabila ada ‘menjodohkan’ saya dengan orang itu dan ini kerana ia adalah perkara biasa.

Inginkan perkahwinan kedua berkekalan.

“Selagi saya belum berkahwin, orang akan terus bertanya, meneka dan membuat spekulasi.

“Saya tidak nafikan ada berdoa untuk mendapatkan jodoh yang baik kerana saya mahu perkahwinan kedua nanti berkekalan sehingga ke akhir hayat,” katanya kepada Rojak Daily Kaw!

Nana yang kembali bersinar dalam arena seni suara tanah air selepas bergelar juara Gegar Vaganza 2, mahu menikmati sepuasnya dulu kehidupannya sekarang.

Tumpuan untuk anak dan ibu bapa.

“Saya mahu memberikan yang terbaik untuk anak tunggal saya dan ibu bapa yang tinggal dengan saya sekarang. Saya memang tak sangka dapat bangkit semula selepas melalui jalan malap dalam kerjaya nyanyian saya.

Promosi lagu duet bersama Jac.

“Oleh itu, saya perlukan ruang untuk diri sendiri dulu sebelum ada tanggungjawab baru,” katanya.

Perkembangan lain, Nana sedang mempromosikan lagu duetnya dengan Jaclyn Victor yang berjudul Nisan Cinta. Lagu itu adalah soundtrack drama Dendam Aurora.

 
 
Comments