Rojak Daily Logo
Back to top

Gelaran Tidak Mengubah Siapa Juliana Evans

Cuma beliau perlu belajar protokol dan membiasakan diri.

0
comments
Gelaran Tidak Mengubah Siapa Juliana Evans
Membiasakan diri dengan protokol istana. (Pic: Z.Nadzri)

“Gelaran Cik Puan tidak mengubah diri saya. Panggil nama saja pun tidak mengapa dan hubungan saya dengan rakan artis serta media masih sama seperti dulu,” kata Juliana Evans yang mendapat gelaran Cik Puan selepas mendirikan rumah tangga dengan kerabat diraja Johor dan Selangor, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj, pada April 2017.

Tinggal bersama mertua.

Akuinya, dia sedang belajar dan membiasakan diri sebagai ‘orang istana’.

“Keluarga saya orang biasa sedangkan keluarganya keturunan diraja, tentunya ada perbezaan di antara kami. Suami dan keluarganya banyak mengajar saya protokol istana.

“Memang agak canggung pada mulanya tetapi selepas lapan bulan berkahwin saya semakin serasi. Tinggal dengan keluarga mentua juga memudahkan saya untuk belajar perkara baru,” katanya kepada Rojak Daily Kaw!

Masih dalam fasa bulan madu.

Juliana juga dengan wajah berseri beritahu mereka masih dalam fasa berbulan madu dan sering meluangkan masa bercuti bersama.

“Kami berkenalan setahun saja sebelum berkahwin jadi kami masih seperti pasangan yang bercinta. Apabila keluar bekerja, rasa tak sabar nak balik rumah jumpa suami,” katanya.

Jelas Juliana lagi, dalam soal lakonan, suaminya tiada halangan. Apa yang penting dia sendiri tahu meletakkan batas dan tiada aksi berlebihan dengan hero yang berganding dengannya.

Rezeki pengacaraan selepas kahwin.

Rezeki Juliana selepas berkahwin apabila dia sekarang mengacarakan program Mahligai Cinta di TV3.

“Tawaran itu datang tepat pada masanya iaitu selepas saya berkahwin kerana ia membuatkan saya lebih faham urusan akad nikah, adat resam dan budaya masyarakat negara ini.

“Pelbagai suku kaum ada cara dan keunikan tersendiri dalam mengadakan majlis perkahwinan serta kenduri ‘menyambut’ menantu. Setakat ini, sudah enam episod siap dirakamkan,” katanya.

Ketika perkahwinannya dulu, Juliana tidak menggunakan khidmat perancang perkahwinan.

“Semua persiapan saya sekeluarga buat sendiri dan ia lebih puas hati kerana mengikut cita rasa saya,” katanya.

 
 
Comments