Sejak Enam Tahun Lalu Kamal Adli Cakap Fasal Kahwin, Tapi Jodoh Belum Sampai

Mahu lupakan segala kontroversi tahun lalu.


  • Share:

Sejak Enam Tahun Lalu Kamal Adli Cakap Fasal Kahwin, Tapi Jodoh Belum Sampai
Dambakan anugerah pelakon terbaik. (Pic: Instagram @kamaladli)

Diserang beberapa siri rantaian kontroversi tahun lalu, pelakon Kamal Adli berazam namanya tidak lagi panas dengan cerita negatif pada masa mendatang.

Malah dia juga berazam untuk memenuhi lagi perkara termasuk idamkan trofi Pelakon Terbaik, memajukan perniagaan yang diceburi selain menamatkan zaman bujang.

Mahu majukan diri dalam bidang seni dan perniagaan.

“Saya rasa cukup-cukuplah hal kontroversi. Biar saya lebih maju dalam perkara lain termasuk hal seni dan perniagaan. Tak lupa hal peribadi. Selepas memenangi kategori Pelakon Lelaki Prolifik di Anugerah Telenovela 2017 baru-baru ini, memang saya dambakan pula trofi Pelakon Terbaik.

Jodoh belum sampai.

“Kalau bab kahwin itu, memang sejak dari enam tahun lalu lagi saya cakap fasal itu. Cuma jodohnya belum sampai. Saya akur dengan ketentuan ini,” katanya yang sebelum ini pernah dikaitkan menjalinkan hubungan dengan Emma Maembong.

Berkongsi buka kilang sendiri.

Bercerita lanjut mengenai dunia perniagaan yang bukan lagi asing di kalangan artis, pelakon yang juga pengacara itu turut tidak mahu ketinggalan melakukan hal sama.

“Saya juga menjalinkan kerjasama dengan rakan kongsi membuka kilang sendiri untuk mengilangkan produk daripada usahawan sejak pertengahan tahun lalu,” ujar beliau.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top