CLOSE
CLOSE

Aeril Dan Wawa Belum Ada Perancangan Tambah Zuriat

Mahu stabilkan ekonomi keluarga dahulu.


  • Share:

Aeril Dan Wawa Belum Ada Perancangan Tambah Zuriat
Aeril dan Wawa sudah kalis dengan gosip. (Pic: Z.Nadzri)

“Kami berdua sudah kalis dengan gosip malah menjadikan kami semakin kuat serta saling mempercayai antara petua kerukunan rumah tangga kami. Godaan memang sentiasa ada tetapi semuanya bergantung kepada diri kita sendiri,’ ujar Aeril Zafril , 29.

Lengkap dengan kehadiran dua cahaya mata.

Dia yang mendirikan rumah tangga dengan pelakon Wawa Zainal, 26, lima tahun lalu menyambung bicara, kehidupannya sudah lengkap dengan kehadiran dua cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar, 4 dan Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa, 2.

Menghargai satu sama lain.

“Tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan. Suami isteri mesti selalu berbincang untuk meleraikan apa yang terbuku di hati. Jangan dipendam terlalu lama kerana ia boleh memberi kesan buruk kepada hubungan suami isteri.

Fokus pemperkukuhkan ekonomi rumah tangga.

“Kami tidak boleh halang gosip yang bertebaran dan kami juga tidak mempedulikannya. Kalau saya dan Wawa cepat melatah, gembiralah mereka yang suka ‘bawa mulut’ itu,” kata Aeril kepada Rojak Daily Kaw!

Dengan anak yang kian membesar, daripada membiarkan hati menanah memikirkan kata-kata orang, Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari, mahu fokus kepada kerjaya dan bekerja keras untuk kestabilan ekonomi rumah tangganya.

Utamakan keluarga.

Mereka juga tiada perancangan untuk menambah zuriat.

“Tunggulah dulu, saya mahu pastikan kehidupan keluarga saya stabil terlebih dulu sebelum tambah anak.

“Saya juga merancang untuk pindah rumah, jadi biarlah kami fokus pada kerja dan tiba masanya nanti, kami akan fikirkan untuk menambah ahli keluarga,” katanya yang bercadang mahu membawa keluarga kecilnya bercuti di luar negara.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top