CLOSE
CLOSE

“Ikah Yang Jaga Makan Minum Saya Sejak Enam Tahun Lalu” – Zaiton Sameon

Anggap Ikah seperti anak sendiri.


  • Share:

“Ikah Yang Jaga Makan Minum Saya Sejak Enam Tahun Lalu” – Zaiton Sameon
Zaiton bersama Ikah yang dianggap seperti anak sendiri. (Pic: Z.Nadzri)

Saya tidak pernah lupa ingatan tetapi saya tak mahu lagi mengingati perkara lalu. Saya masih ingat tarikh dan hari kemalangan yang turut meragut nyawa anak tunggal saya,” jelas penyanyi lagu Menaruh Harapan, Zaiton Sameon, 61, apabila ramai menyangka dia menghadapi masalah hilang ingatan.

Walaupun hilang harta benda, masih ada yang sayang.

Katanya, sekarang dia mahu happy dan tak mahu lagi kenang kisah lalu. Segalanya harta bendanya habis dijual sehingga dia tinggal sehelai sepinggang.

Banglo yang dibelinya di Bukit Antarabangsa, Hulu Kelang hanya sempat didiaminya lebih kurang tiga tahun saja.

Reda dengan segala ujian.

Saya reda dengan apa yang berlaku. Kini saya meneruskan hidup seperti biasa, memenuhi undangan menyanyi dan menghadiri pelbagai acara,” katanya.

Sejak enam tahun lalu Zaiton dijaga dan diuruskan oleh Che Sikah Ismail, 45 atau Ikah yang sudah dianggap seperti anaknya sendiri.

Tinggal bersama Ikah dan adiknya.

“Alhamdulillah, masih ada orang yang peduli dan sayangkan saya. Ikah yang menjaga makan pakai saya. Kami tinggal bersama adiknya di Ampang kerana mereka tinggal dua beradik saja selepas ibu bapa mereka meninggal dunia,” katanya.

Dugaan kecil terpaksa bertongkat.

Dalam mengharunginya hari-harinya, dugaan datang lagi apabila pada sambutan Aidiladha lalu, Zaiton terjatuh ketika dia mahu memasuki lif di Radio Televisyen Malaysia yang mengadakan sambutan hari raya korban di sana.

Kakinya terpelecok dan sekarang dia terpaksa bertongkat.

“Tetapi ketika membuat persembahan saya tetap berdiri meskipun penganjur menyediakan kerusi kerana saya tak puas menyanyi sambil duduk,” katanya.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top