Rojak Daily Logo

16 Artis Tempatan Berkongsi Pentas

0
comments
16 Artis Tempatan Berkongsi Pentas
Temui pemuzik kesayangan anda di RAKU Fest hujung minggu ini. (Gambar: sg.celebrity.yahoo.com)

Peminat muzik tempatan tentunya cukup mengenali Adira AF, Syamel AF, Firman AF, Aril AF, Altimet dan Hujan, kan? Begitu juga dengan beberapa pemuzik indie tempatan seperti Bittersweet, Jin Hackman, Nterprise, Narmi, Young Thousands dan Vega. Mereka, bersama-sama Plague Of Happiness, Bil Musa, Massacre Conspiracy dan Pesawat, akan membuat persembahan di RAKU Fest pada 7 Mei 2016, Sabtu, mulai jam 12 tengah hari di The Square Publika bersama-sama 12 artis lain.

Plaque Of Happiness

Sebuah kumpulan pemuzik bebas yang diasaskan pada tahun 1999. Kumpulan yang bermula daripada sahabat skateboard ini terkenal dengan lagu-lagu bergenre ska dan punk dan telah mempunyai beberapa album kompilasi di beberapa negara seperti Norway, Bulgaria dan Malaysia. Album sulung mereka berjudul Kawan telah dihasilkan pada tahun 2007. "Malam", "Konspirasi" dan "Kawan" merupakan lagu nyanyian mereka.

Gambar: lite.knylang.com

Bil Musa

Nabilah Musa, artis berusia 23 tahun yang bernaung di bawah Yuna Room Records mula bermain piano sejak berusia tujuh tahun dan pada usia 16 tahun mula menulis lagu. Antara lagu nyanyiannya termasuklah "The Beach", "Distance" dan "Terbang".

Gambar: www.juiceonline.com

Massacre Conspiracy

Band yang terdiri daripada Ash (vokal), Emy (drum), Sonny (gitar, vokal), Godoy (gitar), Daniel (Bass) dan Ax (keyboard, synth) juga dikenali sebagai MC16. Mereka terkenal dengan muzik rancak sehingga melayakkan mereka mengungguli kategori Breakthrough Artist di Shout! Awards 2012.

Gambar: massacreconspiracy.tumblr.com

Pesawat

Kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 2005 ini terdiri daripada lima orang ahli iaitu Jipie, 30 (vokal); Kudux, 36 (dram); Nizam, 30 (gitar); Mann, 30 (bass); dan Danial, 30 (synthesizer). Mereka pernah membuat persembahan dalam Urbanscapes 2008, Converse Century Project & Crossborders di Laudrybar. Mereka telah melancarkan single sulung bertajuk "Mirage" dan sebuah album berjudul Take Off.

Gambar: www.mstar.com.my

Jangan ketinggalan temu janji anda dengan mereka. Muat turun aplikasi RAKU dan dapatkan playlist raku.my/rakufest untuk maklumat lanjut. Selain itu, anda boleh mendapatkan maklumat melalui laman web win.raku.my atau muat turun melalui Apple App Store dan Google Play. Peminat boleh mengaktifkan perkhidmatan Digi Music Freedom secara percuma untuk menikmati penstriman muzik tanpa caj internet. Untuk maklumat lanjut layari musicfreedom.my.

Gambar: astroradio
 
 
Comments