Rojak Daily Logo

"Hijau" Berkumandang Di Rome

0
comments
Zainal Abidin akan berkongsi pentas bersama Andrea Bocelli, David Foster dan Elaine Paige menerusi persembahan Music for Mercy. (Gambar: aceshowbiz, zimbio, newstatesman dan Berita Harian)

Satu penghormatan apabila penyanyi tempatan diberi peluang berkongsi pentas dengan artis antarabangsa ternama. Nyata, pengalaman itu dikongsi penyanyi tempatan, Zainal Abidin yang meraih peluang beraksi dengan penyanyi ‘tenor’ Itali terkenal, Andrea Bocelli, David Foster yang pernah menang banyak anugerah Grammy dan pelakon teater muzikal, Elaine Paige.

Menerusi persembahan istimewa, Music for Mercy, Zainal bersama tiga artis antarabangsa ini akan beraksi di Roman Forum, Rome, Itali pada 26 Julai ini. Bagi Zainal, peluang mengadakan persembahan ini sebagai pengiktirafan mewakili negara.

Tambahnya, persembahannya nanti akan diiringi pemuzik orkestra dan pastinya dia akan menyampaikan lagu popularnya, "Hijau".  Ketika ditemubual NST, dia memberitahu sangat teruja untuk mengadakan persembahan tersebut sambil berharap dapat bekerjasama dengan artis lain seperti Foster dan Bocelli.

Persembahan tersebut juga mencipta sejarah yang pertama dibenarkan mengadakan persembahan di lokasi bersejarah itu. Ia juga menampilkan ramai artis dari pelbagai negara termasuk kumpulan The Tenors dari Kanada dan pemain klarinet Syria, Kinan Azmeh.

 
 
Comments