CLOSE
CLOSE

Hatsune Miku Expo 2017 Pecah Rekod Sebagai “Konsert Hologram Pertama” Di Malaysia

Miku mempersembahkan hampir 30 lagu-lagu popular.


  • Share:

Hatsune Miku Expo 2017 Pecah Rekod Sebagai “Konsert Hologram Pertama” Di Malaysia
Foto: Crypton Future Media

Selepas 48 persembahan di tujuh negara, Hatsune Miku Expo 2017 akhirnya sampai di Malaysia buat julung kalinya. Peminat Hatsune Miku menyaksikan penyanyi maya kegemaran mereka secara langsung buat pertama kalinya di Arena Axiata, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 16 Disember 2017.

 

Dengan persembahan pembukaan tirai yang cukup mengujakan daripada artis serba boleh, Zizan Razak dan bintang sensasi YouTube, Chaleeda Gilbert, para peminat Miku diberikan pengalaman yang cukup mengasyikkan.

Persembahan mengasyikkan dari Hatsune Miku

Hatsune Miku mempersembahkan hampir 30 lagu-lagu popular termasuk The World is Mine, Tell Your World dan Chentaku, lagu yang asalnya dinyanyikan oleh Zizan Razak. Konsert ini turut distrim secara langsung di Tamago, sebuah aplikasi sosial baharu di Asia Tenggara, secara percuma.

 

Sejak pengumuman rasmi Hatsune Miku Expo 2017 sejak September lalu, Astro telah dibanjiri dengan sambutan positif dan sokongan daripada peminat-peminat tegar selebriti siber 16 tahun yang berambut biru dari Jepun ini. Lebih hebat lagi apabila Hatsune Miku Expo 2017 di Malaysia telah dinobatkan “Konsert Hologram Pertama” di Malaysia oleh The Malaysia Book of Records.

Mr. Hiroyuki Itoh dan Henry Tan bersama Mr. Christopher Wong, COO, The Malaysia Book of Records

Menurut Henry Tan, Ketua Pengawai Kandungan & Konsumer, Kumpulan Astro, “Kami amat teruja untuk membawakan strim secara langsung Hatsune Miku Expo 2017 di Malaysia di Tamago, dan kami turut berterima kasih kepada rakan kongsi dan penganjur bersama kami, Crypton Future Media, INC. dan juga Digi."

 

Hatsune Miku yang pernah berkolaborasi dengan artis antarabangsa seperti Pharrell Williams, serta membuka tirai konsert Lady Gaga, ArtRave, mempunyai 2.5 billion peminat di seluruh dunia, dan 80,000 peminat setia di Malaysia.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top