CLOSE
CLOSE

Dari Budak Miskin Jadi Juara Dunia - Treler Filem Biografi Datuk Lee Chong Wei Penuh Emosi

Datuk Rosyam Nor memegang watak sebagai Datuk Misbun Sidek.


  • Share:

Dari Budak Miskin Jadi Juara Dunia - Treler Filem Biografi Datuk Lee Chong Wei Penuh Emosi
Foto: Facebook LEE CHONG WEI MOVIE

Antara filem yang dinantikan tahun 2018 ini adalah filem biografi anak Malaysia yang bergelar juara badminton dunia, Lee Chong Wei.

 

Menerusi laman Facebook rasmi Lee Chong Wei Movie, treler pertama filem ini mengisahkan seorang pemain badminton iaitu Datuk Lee Chong Wei mengubah nasibnya dari seorang budak dari keluarga miskin menjadi pemain handalan bertaraf dunia. 

 

Masih belum mengumumkan bila filem ini bakal menemui penonton di layar perak, ia dijangka akan ditayangkan sekitar suku pertama tahun 2018

 

Antara tonggak utama filem ini adalah Datuk Rosyam Nor yang memegang watak sebagai lagenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek yang juga merupakan jurulatih kepada Lee Chong Wei. 

 

Datuk Lee Chong Wei turut berkongsi treler pertama ini di akaun twitternya, @LeeChongWei.


Netizen turut sama berkongsi keterujaan mereka menonton treler pertama ini dan tidak sabar untuk ke pawagam untuk menyaksikannya.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top