CLOSE
CLOSE

Lana Nordin Gembira Kini Suami Ke Kelas Agama, Rancang Umrah Tahun Hadapan

Komitmen kerja di luar negara kurang ruang untuk ke kelas.


  • Share:

Lana Nordin Gembira Kini Suami Ke Kelas Agama, Rancang Umrah Tahun Hadapan
Gembira dengan kemahuan suami. (Pic: Z.Nadzri)

Pelakon Lana Nodin, 37, gembira dan bersyukur kerana suaminya, David McKienzie, 37, dengan sendirinya mahu mendalami ajaran Islam dan mahu belajar mengaji serta bersolat dengan betul.

Malah mereka juga bercadang untuk mengerjakan umrah tahun depan.

Doa dimakbulkan.

Sebelum mereka berkahwin, David atau nama Islamnya, Mohd Daud McKienzie, pernah ke Jeddah tetapi dia tidak boleh memasuki kota itu kerana bukan beragama Islam.

“Syukur, Allah SWT terima doa saya dengan ‘membukakan’ hati Daud untuk pergi ke kelas agama. Sebelum ini Daud tidak berpeluang untuk belajar agama atas komitmen latihan di luar negara.

Tidak memaksa, cuma mengingatkan.

“Saya berharap Allah SWT memberkati suami, tetapkan hati dan imannya agar terus kekal dengan ajaran Islam,” katanya kepada Rojak Daily Kaw!

Ujar Lana lagi atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nodin, dia tak pernah paksa cuma dia sentiasa mengingatkan Daud kewajiban yang perlu dilaksanakan sebagai seorang Islam.

Perlu didik anak tentang agama.

Apatah lagi mereka sudah ada anak, Gia Quinn Mckienzie, setahun lapan bulan, yang perlu dididik mematuhi dan mencintai agamanya.

“Kalau boleh, biar dia buat dengan rela hati agar dia ikhlas melakukan setiap suruhan Allah SWT,” katanya.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top