CLOSE
CLOSE

“Jangan Hanya Menilai Dari Rupa” – Caprice

Jihad dengan mencipta aplikasi berkaitan pembelajaran agama Islam.


  • Share:

“Jangan Hanya Menilai Dari Rupa” – Caprice
Jangan hanya menilai pada rupa dan cara berpakaian. (Pic: Z.Nadzri)

Jangan ingat mereka yang gemar memakai jeans koyak tidak kenal tikar sembahyang dan mereka yang tidak berjubah serta berkopiah tidak kenal dosa dan pahala.

Keluh Caprice, 29, ada di kalangan masyarakat hari ni yang suka sangat menilai orang dengan hanya sekali pandang tanpa mendekati dan menyelami hati nurani mereka.

Cipta pelbagai aplikasi pembelajaran.

Lantaran itu penyanyi rap yang memiliki nama sebenar, Ariz Ramli itu mahu mengubah pandangan masyarakat dengan berjihad menerusi beberapa aplikasi berhubung pembelajaran agama Islam.

“Sudah lima tahun saya membuat kajian bagi mencipta aplikasi seperti Classruum.com, Mengaji,com dan terbaharu Rajin.com.

“Selama tempoh itu juga, saya buat kempen jihad dalam pendidikan. Setiap minggu saya dapat jemputan memberi ceramah di kolej dan sekolah.

Ceramah pendidikan di kolej dan sekolah.

“Saya cipta aplikasi itu tanpa melakukan promosi. Alhamdulillah, ia mendapat perhatian ramai," kata Caprice kepada Rojak Daily Kaw!

Caprice cipta beberapa aplikasi untuk anak muda dan muslim di seluruh dunia.

Dia ditemuI pada majlis pelancaran single bersama kumpulan nasyid, UNIC berjudul Sedar di Academia Cafe & Bistro, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kolaborasi bersama UNIC.

“Namun saya pinta, masyarakat jangan mengangkat saya sebagai ikon Islam kerana saya hanya manusia biasa yang berjihad untuk membantu anak muda dan seluruh umat Islam.

"Setiap tagline aplikasi yang saya cipta semuanya mengenai perubahan hidup," ujarnya.

Bercerita mengenai kolaborasi bersama UNIC, penyanyi lagu Wat Lek Wat Peace itu menganggap ia peluang besar untuknya kembali dalam industri muzik.

"Saya terima saja peluang yang datang. Tambahan, UNIC adalah kumpulan nasyid terkenal di Malaysia,” katanya.

Selain itu, Januari depan, Caprice akan muncul dengan single terbaru berduet dengan Bunkface.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top