Rojak Daily Logo

"Jangan Create Alasan, Just Go!" - Zabrina Fernandez

0
comments
Zabrina dan Joe Jer, pemenang Amazing Race Asia. (Gambar: www.malaysiaresume.com / amazingrace.myweb.hinet.net)

AXN sedang mencari peserta Asia untuk menyahut cabaran dalam Amazing Race Asia Musim 5. Mereka yang berminat bolehlah menghantar video berdurasi tiga minit dan mendaftar di website rasmi AXN. Siapa tahu anda bakal membawa pulang hadiah utama bernilai AS$100,000 (RM409,125). Hilangkan nervous anda dengan temubual kami bersama Zabrina Fernandez yang menjadi kumpulan peserta wanita pertama bersama pasangannya Joe Jer bergelar juara Asia.

Gambar: amazingrace.myweb.hinet.net

Siapa Zabrina Fernandez? Saya seorang ibu, berusia 36 tahun. Seorang yang dahaga dan tidak gentar dengan cabaran.

Kongsi persediaan yang anda lakukan sebelum pertandingan? Saya dan Joe Jer banyak menonton Amazing Race. Kami rangka strategi terbaik berdasarkan kelemahan pasukan yang kami lihat dalam rancangan itu. Kami cukup mahir dengan syarat dan terma yang digunakan dalam pertandingan. Seboleh mungkin kami elakkan pergaduhan dan tidak menuding jari kepada sesiapa bagi menjaga keharmonian dan keserasian antara kami. Ramai yang menganggap untuk masuk Amazing Race perlu menghadiri gymnasium dan perlukan seseorang yang kuat fizikal. Hakikatnya paling penting kita mempunyai strategi dan kekuatan mental. Kekuatan fizikal bukan syarat untuk menang kerana saya sendiri mengalami kecederaan buku lali di awal pertandingan tetapi kami berjaya hingga ke akhir. Saya percaya adrenalin adalah faktor utama yang menolak seseorang untuk terus berusaha dan tidak berputus asa.

Apakah kualiti yang perlu dimiliki oleh peserta dan apa pula kualiti yang perlu ada pada pasangan peserta? Seseorang peserta itu perlu open untuk sebarang challenge dan berani menyahut sebarang cabaran yang ada. Selain mempunyai attitude positif. Partner pula perlulah di kalangan adik beradik atau sahabat baik kerana kita akan kerap bertelingkah dan ketika inilah perlukan persefahaman.

Pengalaman dan lokasi menarik sepanjang Amazing Race Asia Musim 1? Christchurch, New Zealand dan Calcutta, India. Pengalaman berada di India memang tidak dapat dilupakan. Keluar dari airport kami jumpa ayam, kemudian dalam perjalanan kita boleh lihat pelbagai ragam manusia. Ada yang menaiki motosikal, lembu, beca dan tarik kereta sorong. Selain bungee, perkara yang tidak boleh dilupakan apabila kami perlu ambil najis lembu seperti kek untuk membuat dinding bagi menyelesaikan salah satu tugasan yang diberi. Itu memang cool!

Nasihat buat mereka yang berminat menghadiri menyertai pertandingan ini? Nasihat saya jangan create alasan, just go! Paling penting believe in yourself dan jangan buat sambil lewa.

Perkara yang perlu dijangkakan oleh para peserta sepanjang pertandingan? Jangkakan pertandingan ini memang sukar seperti yang anda tonton di kaca TV. Kita hanya mengetahui tentang cabaran dan clue pada hari kejadian. Waktu rehat 12 jam adalah benar. Tiada sebarang perhubungan dengan keluarga dan tiada orang tolong angkat beg. Don’t expect too high, just enjoy the moment and have fun.

Zabrina bersama suami (Gambar: zabrinaanddarren.ourwedding.com)

Bagaimana kejayaan anda mengungguli pertandingan ini bersama Joe Jer mempengaruhi kehidupan anda? Banyak! Antaranya career path-selepas tamat Amazing Race saya bekerja dengan produksi Amazing Race, kemudian saya jumpa husband, berkahwin dan dikurniakan dua anak.

 
 
Comments