CLOSE
CLOSE

“Belum Sampai Ke Tahap Hero Pujaan Malaya” – Syafiq Kyle

Masih dalam proses pembelajaran.


  • Share:

“Belum Sampai Ke Tahap Hero Pujaan Malaya” – Syafiq Kyle
Masih dalam proses pembelajaran. (Pic: Z.Nadzri)
“Saya belum layak pegang gelaran hero pujaan Malaya”, kata Syafiq Kyle, 25, yang kini mula menjulang namanya dalam dunia lakonan tempatan.
Dalam nada merendah diri, ujar pelakon yang begitu serasi membawakan watak romantik, banyak lagi yang perlu dipelajarinya.
Menang Anugerah Lelaki Dambaan InTrend.
Baru-baru ini, pelakon itu menang Anugerah InTrend kategori 'Lelaki Dambaan'.
“Saya belum begitu mahir melakonkan babak romantik atau aksi mesra dalam drama dibintangi, apa yang dipersembahkan adalah hasil perbincangan dengan pengarah,” katanya kepada Rojak Daily Kaw!
Berganding dengan Ayda Jebat.
Terkini, dia bergandingan dengan Ayda Jebat menerusi drama, Dekatkan Jarak Kita terbitan JS Pictures yang sedang disiarkan di TV3.  Setiap episod drama itu 'trending' di Twitter.
Karakter adalah tanggungjawab.
“Dalam mana-mana drama pun, saya melakonkan karektor yang diberikan sehabis baik kerana ia sudah menjadi tanggungjawab saya.
"Apapun, terima kasih kepada peminat dan penonton yang memberi sokongan terhadap setiap drama lakonan saya," katanya.
Mencintaimu Mr Photographer melonjakkan nama.
Syafiq mula berlakon pada 2011 menerusi drama Tanah Kubur arahan Rashid Sibir.
Namun, bakatnya mula jadi perhatian dan nama melonjak tahun ini selepas berlakon drama Mencintaimu Mr Photographer.

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top