Rojak Daily Logo

Afgan Beraksi Satu Malam

0
comments
Afgan Beraksi Satu Malam
Afgan tampil dengan genre lagu R&B bersama gabungan elemen blues, elektronik dan orkestra menerusi album terbarunya, Sides.(Gambar: klipliriklagu.blogspot.my)

Penyanyi popular Indonesia, Afgansyah Reza atau lebih dikenali sebagai Afgan kembali menemui peminat di negara ini menerusi satu persembahan pada 3 September nanti. Persembahan dikenali AFGAN "SIDES" Live in Malaysia 2016 akan berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur jam 8 malam.

Kemunculan semula Afgan adalah mempromosikan album terbarunya, Sides selepas tiga tahun album L1ve To Love, Love To L1ve dipasarkan. Buat peminat, Afgan menyatakan album baru kali ini menampilkan hasil muzik yang lebih matang.

Masih selesa dengan genre R&B, Afgan juga menggabungkan elemen blues, elektronik dan orkestra yang memberi ruang padanya menghasilkan lebih banyak lagu cinta. Popular dengan lagu “Katakan Tidak, Jodoh Pasti Bertemu, Terima Kasih Cinta, Bukan Cinta Biasa dan Knock Me Out”, Afgan turut mendapat sokongan 1.5 juta pengikutnya terdiri peminat di Instagram.

Sepanjang bergelar anak seni, Afgan pernah meraih lima anugerah daripada 19 pencalonan pada Anugerah Muzik Indonesia (AMI) manakala Anugerah Muzik Dunia untuk Artis Lelaki Terbaik Indonesia, Artis Asia Terbaik untuk Festival Lagu Asia dan juga Asia Song Festival Artis Asia Terbaik serta Pertubuhan Harta Antarabangsa Dunia (WIPO) atas kreativitinya dalam muzik.

Tiket konsert dijual pada harga RM188 (Gangsa), RM288 (Perak), RM388 (Emas), RM488 (Platinum), RM588 (Diamond) dan RM788 (Diamond VIP untuk pakej sesi bertemu peminat). Seramai 500 pembeli awal layak menikmati diskaun 10 peratus bermula 11 sehingga 17 Julai untuk mana-mana kategori tiket kecuali Diamond VIP. Tiket boleh dibeli menerusi TicketCharge di www.ticketcharge.com.my atau hubungi 03 9222 8811 dan 03 7982 5523 untuk tiket Diamond VIP.

Afgan | Rojak Daily
Afgan akan muncul dalam konsert AFGAN "SIDES" Live in Malaysia 2016 pada 3 September nanti.
Afgan | Rojak Daily
Diskaun 10 peratus tiket konsert AFGAN "SIDES" Live in Malaysia 2016 bermula 11 sehingga 17 Julai untuk mana-mana kategori tiket kecuali Diamond VIP.
 
 
Comments