Rojak Daily Logo

Tawan Ungguli Malam Kemuncak!

0
comments
Tawan Ungguli Malam Kemuncak!
Wajah finalis Asia's Next Top Model (Gambar asal: www.harpersbazaar.com.sg)

Episod terakhir Asia’s Next Tip Model Season 4 menyaksikan gaya tiga peserta yang berjaya ke peringkat akhir beraksi buat kali terakhir bagi merebut gelaran juara. Mereka terdiri daripada Jiratchaya Kedkong atau Tawan dari Thailand, Patricia Gunawan dari Indonesia dan Sang In dari Korea Selatan. Episod kemuncak ini menampilkan supermodel Cindy Bishop, Kelly Tandiono dan pengarah seni Yu Tsai sebagai juri yang bertanggungjawab menilai kehebatan serta keupayaan sebenar tiga peserta terhebat Asia.

Tawan (Gambar: www.harpersbazaar.com.sg)
Patricia (Gambar: www.harpersbazaar.com.sg)
Sang In (Gambar: www.harpersbazaar.com.sg)

Tawan yang agak malu-malu di awal pertandingan membuktikan dia mampu menyerlahkan kemampuan sebenar dirinya. Gaya dan cara berjalan Tawan mendapat pujian para juri. Berbeza dengan Patricia Gunawan, peserta Indonesia yang cukup berpengalaman dalam bidang peragaan. Sang In, satu-satunya peserta Korea yang berjaya ke peringkat tertinggi dalam pertandingan ini. Walaupun sering mendapat kritikan, Sang In tampil sebagai finalis yang berjaya memberikan gambar terbaik paling banyak.

Tuti (Gambar: www.asntm.com)

Asia’s Next Top Model musim ini menghimpunkan model terbaik dari Malaysia, China, Filipina, Jepun, Mongolia, Korea Selatan, Thailand, Vietnam, Myanmar dan Singapura. Malah Nuraini Noor atau Tuti, peserta Malaysia berjaya mara sehingga episod ke-sembilan sekaligus meletakkan dirinya dalam kelompok lima peserta terbaik walaupun di awal kemunculannya menerima tentangan hebat daripada netizen.

Gambar: www.asntm.com

Tahniah Tawan!

 
 
Comments