CLOSE
CLOSE

Filem Padmavati Cetus Kemarahan Kaum Hindu, Kepala Deepika Padukone Diancam Penggal

Akan berada di pawagam seluruh Malaysia pada 1 Disember ini.


  • Share:

Filem Padmavati Cetus Kemarahan Kaum Hindu, Kepala Deepika Padukone Diancam Penggal
Foto: India Today

Filem terbaharu karya Sanjay Lela Bhansali, Padmavati telah mencetuskan api kemarahan kaum Hindu berhaluan kanan apabila dikatakan memaparkan babak romantis antara dua tokoh utama filem tersebut, Rani Padmavati (Deepika Padukone) yang merupakan seorang puteri berbangsa Hindu dan Alauddin Khilji (Ranveer Singh) yang merupakan seorang sultan beragama Islam.

 

Filem ini berkisarkan sejarah hidup puteri Padmavati, seorang ratu beragama Hindu yang membakar dirinya sendiri untuk mencegah dirinya jatuh ke tangan seorang sultan zalim beragama Islam, Alauddin Khilji.

 

Biarpun tarikh untuk merilis filem ini ditunda beberapa kali, namun 1 disember menjadi saksi filem ini bakal menemui semua penonton termasuklah di Malaysia. Tambah melarat, pelakon utamanya, Deepika Padukone serta pengarahnya, Bhansali telah menerima ancaman bunuh dan sesiapa yang dapat memenggal kepala pelakon dan sutradara ini,wang imbuhan 50 juta rupee (RM3 juta) akan diberikan.

Demonstrasi jalanan di India.

Ketua Menteri Wilayah Madhya Pradesh menyatakan filem itu akan dilarang penayangannya sehingga adegan yang dianggap menghina itu dibuang. Bhansali lantang menegaskan bahawa tiada adegan romantis seumpama itu di dalam filemnya namun kemarahan kaum tersebut tidak reda.

 

"Saya membuat filem ini dengan penuh rasa hormat, tanggungjawab dan ketekunan. Filem ini menghargai keberanian dan pengorbanannya (Padmavati). Tidak ada adegan romantis dalam mimpi antara Rani Padmavati dan Alauddin Khilji dalam filem ini," tegas Bhansali dalam pernyataannya pada awal November lalu.

 

Namun orang awam yang tidak terbabit dalam sebarang insiden ini meminta ancaman ini dihentikan dan pelakon serta sutradara itu tidak diganggu. Pesuruhjaya Tinggi Polis Mumbai juga menegaskan Deepika dikawal ketat sepanjang bulan November sehingga filem ini dirilis.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top