CLOSE
CLOSE

Shahir Hilang Lagi?

Sudah sebulan tak muat naik entri baru di Instagram.


  • Share:

Shahir Hilang Lagi?
Shahir kembali mendiamkan diri. (Pic: Chempaka Nur Iman)

Apakah penyanyi Shahir Zawawi 'menghilangkan diri' lagi selepas kebelakangan ini berdepan dakwaan tidak menjelaskan hutang beberapa individu.

Antara yang mendakwa cuba mendapatkan semula wang adalah gadis bernama Ain disusuli dakwaan seorang lelaki yang memaklumkan penyanyi itu gagal menjelaskan hutang sewa kereta mencecah RM24,000 pada awal November lalu.

Lebih selesa enggan membuka mulut terutama kepada media, selebriti kelahiran Akademi Fantasia (AF) yang pada awalnya rajin memuat naik entri selepas memasuki AF Megastar pada September lalu kini tidak lagi berbuat demikian.

 Tidak ada entri baru di Instagram.

Sudah pasti situasi berkenaan membimbangkan ramai apatah lagi kini genap sebulan peserta AF Megastar itu tidak berkongsi status baharu di laman sosial Instagram peribadi yang sebelum ini digunakan untuk berinteraksi dengan peminat.

Di manakah Shahir? Menerusi entri terakhirnya di @shahirzawawi88 ada dikalangan netizen bertanyakan secara langsung keadaan serta lokasinya berada kini.

Malah ada juga telahan mengatakan lelaki paling rapat dengan Erra Fazira itu menyepikan diri disebabkan enggan berdepan persoalan membabitkan kontroversi hutang.

Ramai minta jangan mengalah.

Nyata penyanyi ini seakan memusnahkan janji yang diluahkannya ketika membuat memunculan semula iaitu akan terus aktif dalam arena seni selepas pernah hilang beberapa kali sepanjang tempoh 17 tahun dalam industri.

Apa pun, harapan ramai supaya Shahir jangan cepat mengalah atau melatah sebaliknya tampil ke depan menangkis atau merungkai segala isu yang melanda dirinya. Berani kerana benar.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top