CLOSE
CLOSE

'Sentiasa Merinding' Taruhan Terbaharu Imran Ajmain Dan Najwa Mahiaddin

Meremang dengar paduan suara Imran dan Najwa, merdu!


  • Share:

'Sentiasa Merinding' Taruhan Terbaharu Imran Ajmain Dan Najwa Mahiaddin
Foto: YouTube Imran Ajmain

Perkenalan mereka dari tahun 2006 sebagai sebagai rakan seperjuangan industri seni mula akrab dan kini selepas 11 tahun mereka merencana bagi menghasilkan kolaborasi dalam single duet.

 

Sehingga sekitar setahun setengah lepas, akhirnya Imran Ajmain bersama Najwa Mahiaddin berhasil merealisasikan impian tersebut dengan penghasilan sebuah naskhah berjudul, Sentiasa Merinding.

“Menariknya, proses menghasilkan lagu ini tidak pula mengambil masa panjang berbanding penantian kami selama ini. Kami rekod pada awal tahun ini bersama Faiz Rosli di studio yang berlainan dengan durasi satu hingga dua jam sahaja. Cuma pembetulan dan proses hendak membersihkan vokal berjalan selama dua minggu,” kata Imran ketika ditemui majlis pelancaran single duet bersama Najwa di SukaSucre Hall Event di Wisma RYU, Taman Pertama, Cheras.


Sentiasa Merinding yang mengangkat genre R&B Pop dengan dibuai alunan Melayu klasik itu merupakan sebuah karya total kerjasama di antara Imran yang mewakili SukaSucre Creatives dan Najwa (Nada Biru Muzik Sdn. Bhd.).

 

Menurut Najwa, merinding membawa definisi meremang. Mudah digambarkan bahawa dalam sebarang hubungan baik dengan teman lelaki, suami, ibu dan bapa, kita selalu memupuk elemen keterujaan tersebut dalam berkasih-sayang.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top