Rojak Daily Logo

Perkahwinan Artis Termuda

0
comments
Perkahwinan Artis Termuda
Perkahwinan pelakon muda Erin Malek dan pasangannya.

Usia bukan penghalang untuk mereka melangkah ke gerbang perkahwinan. Usia bukan pengukur kebahagiaan dan kemampuan memikul tanggungjawab. Lima bintang ini membuktikan cinta yang disulam dengan keikhlasan menerima pasangan seadanya, tunjang kemanisan rumahtangga.

Aeril Zafril & Wawa Zainal (25 Feb 2012)

Pasangan pelakon ini berkahwin ketika nama mereka berada di puncak. Aeril telah melamar Wawa, atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, yang ketika itu berusia 20 tahun. Aeril Zafrel, atau nama sebenarnya Suhairil Suhari, berumur 24 tahun ketika bergelar suami, ternyata bukan penghalang buat Aeril menjadi suami dan ayah terbaik buat sepasangan anak mereka, Ahmad Fakharuddin Attar dan Hayla Maghfirahtul Adzkiya.

Gambar: www.bharian.com.my

Diana Danielle & Farid Kamil (3 Nov 2012)

Pelakon dan model kacukan Diana Danielle berkahwin dengan pelakon dan pengarah terkenal, Farid Kamil, pada usia 21 tahun. Pasangan ini telah dikurniakan sepasang cahaya mata, Muhammad dan Aurora, sebagai pelengkap hidup.

Gambar: www.budiey.com

Eina Azman & Datuk Paduka Kaiser Gurmit Harden (31 Ogos 2014)

Pelakon remaja Eina Azman memilih untuk berkahwin pada usia muda iaitu 19 tahun apabila memilih Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden, 35, dalam satu majlis akad nikah di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur. Pasangan ini telah dikurniakan pasangan bayi kembar bernama Karl Kareef dan Arianne Aubrey pada 19 Februari 2016 yang lalu.

Gambar:www.bharian.com.my

Fiffy Natasya & Muslim Azman (29 Sept 2014)

Pelakon dan penyanyi remaja, Fiffy Natasya, mengambil keputusan berkahwin dengan Muslim Azman, 27, pada usianya 21 tahun. Fiffy memulakan kerjaya seninya sejak usia sembilan tahun, pernah menganggotai kumpulan nyanyian Wardah, selain muncul dengan beberapa single berkonsep J-Pop termasuk lagu "Kawaii" dan "Cinta Playboy".

Gambar: www.ryaniezmoments.com

Erin Malek & Darriz Fauzy (10 Okt 2014)

Bermula perkenalan menerusi laman sosial Instagram, pelakon Erin Malek, 20, atau nama sebenarnya Nur Arina Abdul Malek, sah bergelar isteri kepada Farriz Fauzy, 30, dalam satu majlis yang diadakan di kediaman keluarga aktres itu di Duta Suria, Ampang pada 10 Oktober lalu. Pasangan ini dikurniakan seorang bayi lelaki bernama Mohamed Faliq pada 1 Oktober 2015 yang lalu.

Gambar: www.mstar.com.my
 
 
Comments