Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Gusar 'Saudara Baru' Marsha Hilang Menatap Kaabah Di Depan Mata

Bersyukur semuanya berjalan lancar kali pertama mengerjakan umrah.

0
comments
Gusar 'Saudara Baru' Marsha Hilang Menatap Kaabah Di Depan Mata
Bersama suami, mertua dan ahli keluarga mertua. (Pic: Z.Nadzri)

“Kali pertama saya melihat kaabah, saya rasa sebak seperti tak percaya kiblat seluruh umat di seluruh dunia berada di depan mata saya yang sebelum ini saya lihat di televisyen saja,” kata Marsha Londoh, 31, yang baru balik mengerjakan umrah dengan suami, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail, 35, ibu bapa mentua dan saudara mara keluarga mentuanya, Ahad lalu.

Bersama suami tercinta.

Penyanyi itu juga bersyukur kerana segala urusan ibadahnya di Madinah dan Makkah berjalan lancar.

Tidak dinafikan ada kegusaran dan kebimbangan di hatinya kerana dia tidak tahu apa-apa memandangkan dia baru saja menjadi ‘saudara baru’.

Keluarga mertua banyak membantu.

“Sebelum berangkat ke sana, saya diajar bersolat dengan betul dan menghafal ayat-ayat suci. Setibanya saya di Madinah dan Makkah, ibu mentua minta saya banyak bersalawat. Mengikuti kursus umrah secara teori sebelum terbang ke Tanah Suci tidak sama ketika kita sudah sampai di sana.

Berpeluang beribadah dan menziarah.

“Alhamdulillah Allah SWT permudahkan urusan ibadah saya di sana. Saya dapat pergi ke Raudhah (Taman Syurga) di mana terletaknya makam Rasulullah SAW dan dua sahabat karibnya Khalifah Abu Bakar dan Khalifah Umar.

Mengerjakan umrah dengan selesa.

“Saya dan ahli keluarga perempuan yang lain pergi ke Raudhah selepas Isyak dan keadaan ketika itu tidaklah begitu sesak. Dapatlah kami berdoa dan solat sunat tanpa berebut-rebut dengan jemaah lain,” katanya.

Ujar Marsha lagi, dia juga dapat melakukan ibadah umrah dengan selesa, bersolat sunat di Hijr Ismail dan mengucup Hajar Aswad serta beberapa kali mengerjakan tawaf sunat.

Berdoa semoga mampu mengerjakan haji suatu hari nanti.

“Syukur saya dapat menjalani semua ibadah wajib dan sunat ketika berada di sana dan berharap dapat pula mengerjakan fardu haji selepas ini.

“Ibu mentua dan saudara mara banyak membantu saya sepanjang dua minggu kami di sana. Hati terasa tenang kerana tumpuan hanya pada ibadah dan lupakan urusan kerja buat seketika.

Mohon dikurniakan zuriat.

“Saya bersiap-siap untuk ke sana sebaik saja berakhirnya AF Megastar,” katanya.

Antara doa yang dimohon daripada Allah SWT, minta zuriat, dimurahkan rezeki dan kebahagiaan rumah tangga.

Dua minggu bertudung di sana, dia juga berasa selesa kerana meskipun cuaca di Makkah agak panas tetapi berangin.

Kembali bekerja.

Sekembalinya Marsha dari Tanah Suci, dia kembali sibuk mempromosikan single terbarunya berjudul Hilang dan melakukan alihsuara untuk animasi Frozen 2.

“Saya juga akan meraikan team saya ketika menjayakan AF Megastar dalam jamuan makan,” katanya.

 
 
Comments