Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Pelapis Baru Kuasai Juara Lagu 32

Namun bakal hadapi cabaran Dayang Nurfaizah untuk Vokal Terbaik.

0
comments
Pelapis Baru Kuasai Juara Lagu 32
12 lagu yang bakal dipertandingkan di Juara Lagu 32 (Pic: Publisiti Media Prima)

Ahad lalu, 12 lagu diumumkan berjaya ke Juara Lagu 32. Komposer-komposer seperti Datuk M.Nasir, Ajai, Faizal Tahir, Hang Nadim dan beberapa lagi bakal bertanding merebut takhta Juara Lagu.

Begitu juga dengan penulis lirik seperti Slen, Ad Samad, Altimet dan beberapa lagi. Namun, seperti kebiasaannya, penyanyi yang bakal membawa lagu mereka ini yang pastinya akan menjadi tumpuan.

Mungkin menjadi sesuatu yang segar apabila melihat wajah pelapis-pelapis baru ini bakal naik pentas untuk bertanding di Juara Lagu.  Nama-nama seperti Khai Bahar, Syamel, Haqiem Rusli, Ara Johari, Ernie Zakri, Hael Husaini, Wany Hasrita dan Salma adalah pelapis generasi baru yang bakal meneruskan legasi muzik tanah air.

Namun tidak boleh dilupakan dengan keupayaan, Dayang Nurfaizah, Altimet, Azmi & Caliph Buskers serta Hazama.

Berikut adah penyanyi yang akan bertanding di Juara Lagu 32 nanti.

Dayang Nurfaizah Khai Bahar Syamel dan Ernie Zakri Hael Husaini Syamel Azmi Caliph Buskers Haqiem Rusli Hazama Ara Johari Altimet Wany Hasrita Salma

Semoga berjaya kepada semua yang bertanding.

 
 
Comments