CLOSE
CLOSE

Ada Pihak Tidak Senang Hati Dengan Keakraban Fazura Bersama Fattah

Terima anugerah emas jualan album.


  • Share:

Ada Pihak Tidak Senang Hati Dengan Keakraban Fazura Bersama Fattah
Terima anugerah emas album terjual lebih 5,000 unit. (Pic: Alexander Hadreez Jr.)

Lumrah kehidupan, tidak semua orang senang melihat insan lain hidup bahagia. Apatah lagi jika ia membabitkan perhubungan antara dua insan. Apabila perasaan dengki itu wujud, tentunya akan ada usaha untuk memisahkan mereka. Dan situasi itu pernah dialami pasangan yang sedang hot ketika ini iaitu Fattah Amin dan Fazura.

Akui Fazura, sepanjang berkawan dengan aktor tinggi lampai itu, memang ada pihak yang tidak senang dan cuba mencari jalan supaya mereka bergaduh dan membawa haluan sendiri. Bagaimanapun katanya, kejujuran serta keikhlasan yang menjadi asas dalam persahabatan mereka membuatkan usaha jahat itu gagal.

“Saya tak menafikan perkara itu dan saya anggap itu perkara biasa. Asalkan kita sentiasa bersikap positif dan membalas perbuatan itu dengan kebaikan, saya yakin orang itu juga akhirnay pasti akan menerima tempias positif. Kita doakan yang baik-baik sahaja pada mereka yang menyokong dan juga menentang perhubungan ini.

Doakan yang baik-baik sahaja.

“Sebagai orang lama dalam bidang ini, saya dah masak dengan sikap sebegini dan tak akan termakan dnegan kata-kata negatif yang dilemparkan. Boleh saja nak marah tapi buat apa kerana nanti kita sama sahaja seperti mereka,” tegas penyanyi Sayangi Dirimu ini.

Sejak tersiarnya berita yang dia dan Fattah bakal mengikat tali pertunangan pada 13 November ini, ramai yang tertanya-tanya apakah cerita itu sahih ataupun sekadar khabar angin sahaja. Justeru tidak hairanlah andai Fazura terus menjadi buruan media yang mendambakan kenyataannya berhubung perkara itu.

Berkongsi kenyataan yang sama dengan Fattah, pelakon jelita ini berkata perkara yang baik tidak akan disembunyikan dan sedia untuk berkongsi berita itu bersama mereka yang selama ini begitu setia menyokong kerjaya seni mereka.

Cipta sejarah sendiri album terjual 5,000 unit.

“Apa yang boleh saya katakan di sini, selagi tak keluar dari mulut kami sendiri, memang tiada apa yang berlaku. Kalau sudah sampai masanya nanti, saya akan kongsikan bersama. Saya tak akan mengenepikan pihak media dan juga peminat yang selama ini terus menyokong dan berada di sisi kami saat susah dan juga senang,” ujar pemegang trofi Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia ke-27 ini.

Terdahulu, pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin ini melancarkan album perdananya berjudul Fazura. Album yang mengandungi sembilan buah lagu itu mencatat sejarah tersendiri apabila dijual sebanyak 5,000 unit. Pencapaian itu membolehkan Fazura menerima anugerah emas daripada syarikat rakamannya, Universal Music Malaysia.

Majlis penyerahan anugerah itu disempurnakan oleh Pengarah Urusan Universal Music Malaysia dan Singapore, Kenny Ong.

Mengulas kejayaan album itu, Fazura mengakui sangat terharu apabila mengenangkan pengalaman pahit dan manis tatkala pembikinan album itu.

Nyanyian pernah dikecam, namun anggap pembakar semangat.

"Saya pernah dikecam dan dikritik oleh mereka yang tidak senang melihat saya menyanyi. Namun tak mengapa, saya anggap semua itu sebagai doa dan juga pembakar semangat untuk terus berjaya,” katanya kepada Rojak Daily Kaw!

Fazura juga tidak dapat menahan sebak apabila dilihat mengalirkan air matanya ketika menyanyikan lagu, Hanya Tuhan Yang Tahu. Ia antara karya yang dimuatkan dalam album sulungnya itu.

Fazura turut memberitahu album sulungnya itu juga bakal memperkenalkan namanya ke luar negara. Antara strategi yang digunakan adalah menerusi penghasilan sebuah lagu Inggeris berjudul Only God Knows hasil ciptaan Megat Fazly dan lirik oleh Shanel Shanty.

Lagu Only God Knows sangat persifat peribadi.

"Jujurnya, lagu ini bersifat peribadi buat saya. Kalau sesiapa dengar pun, pasti dapat rasai perasaan itu. Saya dimaklumkan, lagu terbabit juga akan dipromosikan secara global dan syarikat rakaman percaya, ia mampu memperkenalkan nama saya pada peringkat antarabangsa, insya-Allah,"katanya

Album yang mengambil masa setahun untuk disiapkan itu memuatkan sembilan lagu, antaranya Bangun, Bisa Apa, Cinderella, Lalu, Cinta Langka, Hanya Tuhan Yang Tahu dan Only God Knows.

Single pertamanya, Sayangi Dirimu, yang dirakam semula dalam bentuk akustika turut dimuatkan dalam album itu.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top