CLOSE
CLOSE

Trailer Rasmi Ayat-Ayat Cinta 2 - Tonton Babak Fazura Dan Bront Palarae

Bront Palarae semakin laris di Indonesia.


  • Share:

Trailer Rasmi Ayat-Ayat Cinta 2 - Tonton Babak Fazura Dan Bront Palarae
Foto: YouTube MD Pictures

Nampaknya semakin ramai pelakon Malaysia melebarkan kerjaya mereka ke negara jiran. Jika sebelum ini Nora Danish telah membuat kemunculan dalam filem fenomena, Syurga Yang Tak Dirindukan 2, Nur Fazura dan Bront Palarae turut mengikut jejak langkah yang sama apabila mereka muncul dalam filem Ayat-Ayat Cinta 2 (AAC2).

Jika anda pernah menonton filem Ayat-Ayat Cinta (AAC) pada tahun 2008, sekual filem Indonesia terlaris 2008 ini akan menemui peminatnya pada 21 Disember ini. Filem AAC2 merupakan arahan Guntur Soeharjanto dan menjalani penggambarannya di sekitar Indonesia dan Scotland.

 

A post shared by MD Pictures (@mdpictures_official) on

Filem yang diangkat novel karya Habiburrahman El Shirazy ini menampilkan dua pelakon tanah air iaitu Nur Fazura dan Bront Palarae yang cemerlang memberi warna pada filem yang pernah mencetuskan fenomena satu ketika dulu. Bront memegang watak sebagai Baruch, seorang jejaka berbangsa Yahudi manakala Fazura membawakan watak Brenda.

Jika menerusi filem AAC, ada pelakon seperti Rianti Cartwright, Carissa Puteri dan Zaskia Adya Mecca, AAC2 menampilkan barisan pelakon hebat seperti Chelsea Islan, Tatjana Saphira, Dewi Sandra serta pelakon asalnya, Fedi Nuril.

Filem ini mengisahkan tentang Fahri (Fedi Nuril) yang kini menetap di Edinburgh dan menjadi dekan di University of Edinburgh, menjalani hari-harinya seorang diri tanpa Aisha. Kehilangan isterinya membuatkan Fahri kecewa dan berputus asa. Mula menyibukkan dirinya dengan pekerjaan dan perniagaan, adakah Fahri akan bertemu dengan pengganti Aisha? Ataupun Fahri akan terbabit dalam cinta tiga orang wanita?

Lagu tema bagi AAC2 hasil ciptaan Melly Goeslaw akan didendangkan oleh Kris Dayanti menerusi lagi bertajuk Ayat-Ayat Cinta 2 manakala Rossa menerusi lagu Bulan Dikekang Malam.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top