CLOSE
CLOSE

“Kurang Pasti Apa Motif Dia Menulis Caption Sedemikian” – Shahir

Tidak ambil serius, hanya anggap peminat tegar yang beri sokongan pada artis.


  • Share:

“Kurang Pasti Apa Motif Dia Menulis Caption Sedemikian” – Shahir
Shahir anggap sebagai gurauan peminat. (Pic: Mohamad Bakar)

Ketika ceritera cinta Erra Fazira dan Shahir Zawawi belum berakhir ke penamat yang indah ke gerbang perkahwinan, penyanyi yang baru saja mara ke peringkat akhir AF Megastar itu terpalit pula dengan penyebaran cerita seorang wanita bernama Mona Syamimi yang dikatakan adalah teman wanita barunya.

Penyanyi lagu Aku Yang Berdosa itu bagaimanapun secara tegas menafikan gosip bertebaran mengenai gambarnya bersama wanita bertugas sebagai pramugari itu termasuk tindakan Mona meletakkan keterangan gambar yang bersifat "sweet" seperti pasangan kekasih sebagai cinta hati barunya.

"Yang pasti dia antara penyokong kerjaya artis kelahiran Akademi Fantasia. Saya salah seorang daripadanya. Jadi hubungan itu atas dasar peminat dan artis semata mata. Tak lebih daripada itu.

Perempuan yang mendakwa ada hubungan istimewa dengan Shahir.

"Saya sendiri tak ambil serius hal ini. Tapi orang yang membaca atau melihat mungkin akan salah tafsir dengan gambar serta captions yang ditulisnya.

"Saya anggap captions itu hanya luahan dia kepada artis yang diminatinya. Ikutkan ada juga peminat lain yang buat kapsyen berbaur "sweet" kepada saya," kata jejaka kelahiran Kampar Perak itu.

Shahir bagaimanapun enggan memanjangkan hal ini kerana dia sebenarnya tak mampu menghalang tindakan peminat yang meminatinya termasuk yang menulis captions sedemikian rupa.

"Kurang pasti apa motifnya menulis captions sweet itu. Mungkin dia berniat berseloroh. Saya pula tak mampu nak kawal hal sebegini. Ia memang di luar kawalan saya," kata Shahir lagi kepada Rojak Daily Kaw!

"Cuma biasanya hal sebegini orang cepat percaya dan jatuh hukum," katanya.

Ditanya mengenai teman akrabnya Erra, dia percaya wanita istimewa dihatinya itu tidak akan cepat melatah.

"Hati wanita mana yang mungkin tak terusik dan terkesan. Tapi saya percaya dengan pengalamannya di pentas seni, dia akan faham permainan sebegini," katanya.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top