Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Gegar Vaganza 2017 Dibarisi Bintang Ternama, Bakal Jadi Program Paling Hebat!

Peminat menanti penuh debaran bermula 29 Oktober ini.

0
comments
Gegar Vaganza 2017 Dibarisi Bintang Ternama, Bakal Jadi Program Paling Hebat!
Barisan artis ternama dalam GV 2017 (Pic: Mazlan Yunos Photography)

Sekadar menyebut beberapa nama, siapa yang tidak kenal dengan Aishah, Liza Hanim, Hazami, Aqasha dan artis Indonesia, Firman Siagia.  Mereka adalah nama-nama besar yang suatu ketika dulu pernah mendominasi dunia muzik tanah air.

Aishah, penyanyi yang pernah mencipta nama di peringkat antarabangsa.

Dan kini mereka disatukan di bawah satu ‘bumbung’, Gegar Vaganza musim keempat (GV4)! Nama-nama lain seperti Ferhad, Raja Azura, Syura, Elyana, Tia Jimbara, Lan Kristal dan Haida juga bukan nama kecil di dalam industri. Mereka juga ada peminat mereka yang tersendiri dan mampu memberikan saingan dalam GV4 nanti.

Kehadiran Liza Hanim dinanti di dalam GV

Ketika sesi pengenalan kepada peserta GV4, ramai yang menganggap musim baharu ini lebih seimbang di antara penyanyi lelaki dan penyanyi wanita. Dan ramai juga yang sudah meletakkan pilihan masing-masing, namun perlu dingat, penjurian adalah seratus peratus daripada pihak juri yang dipilih.

Datuk Ramli memangku dua tugas, pengarah muzik dan juri tetap.

Untuk konsert pertama nanti, kesemua bintang-bintang hebat ini bakal menyanyikan lagu hit masing-masing. Tugasan mereka diumumkan ketika sesi memperkenalkan para peserta GV musim terbaharu ini.

Seperti biasa, Datuk Ramli MS bakal bertindak sebagai pengarah muzik dan juga juri tetap GV4.

Hazami, penyanyi dan guru vokal yang disegani.

Seorang lagi juri tetap akan diumumkan pada konsert pertama nanti. GV4 juga akan mempunyai seorang juri jemputan setiap minggu. Pastinya pihak produksi mempunyai kesukaran untuk mencari juri jemputan memandangkan bukan calang-calang orang mampu memberikan komen kepada Aishah mahupun Hazami dan penyanyi hebat lainnya.

Penyanyi Indonesia, Firman Siagia bakal memberikan saingan hebat.

Nabil dan Jihan juga masih dikekalkan sebagai pengacara. Mungkin kali ini mereka perlu berhati-hati bila berbicara dengan juri tetap yang kedua. Saya suka dengan gaya mereka mengacara, cuma kadangkala jika tidak terkawal, mampu menjatuhkan air muka para juri.

Aqasha dikatakan 'dark horse' yang mampu cipta kejutan.

Konsert Mingguan GV4 bakal bersiaran selama lapan minggu pada setiap hari Ahad, pukul 9:00 malam mulai 29 Oktober ini di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) dan boleh juga dinikmati di aplikasi Astro Go dan On Demand.

Nantikan mereka bermula 29 Oktober ini.

Juara GV4 bakal membawa pulang wang tunai RM100,000 beserta trofi dan hadiah sampingan lainnya. Naib juara pula akan membawa pulang wang tunai RM50,000 beserta trofi.

Tempat ketiga wang tunai RM30,000, tempat keempat wang tunai RM20,000, tempat kelima wang tunai RM15,000 manakala tempat keenam membawa pulang wang tunai RM10,000.

 
 
Comments



Back to top