Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Cincin Berlian Tanda Penghargaan Marcell Terhadap Isteri

Konsert 'Marcell Once In A Lifetime' sarat elemen kejutan, buai emosi penonton.

0
comments
Cincin Berlian Tanda Penghargaan Marcell Terhadap Isteri
Marcell Once In A Lifetime. (Pic: Paradigmastudio)

Pelbagai elemen kejutan diberikan kepada kira-kira 2,000 penonton sepanjang hampir tiga jam Konsert Marcell Once In A Lifetime di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pada malam minggu yang lalu.

Cincin buat isteri tercinta.

Paling menyentuh hati ramai tentu saja hadiah penyanyi terbabit buat isteri tercinta, Rima Melati Adams apabila menghadiah wanita yang dikahwininya sejak sembilan tahun lalu itu dengan sebentuk cincin berlian.

Katanya, cincin yang ditempah khas tanpa pengetahuan teman hidupnya itu beberapa minggu sebelum konsert adalah tanda terima kasih di atas ketulusan menemani hidupnya sekarang dan pada masa depan.

dendangkan 40 buah lagu.

"Terima kasih kerana selama sembilan tahun kebelakang ini, hidup bersama saya. Susah dan senang bersama saya. Saya mengharapkan kehidupan bersama kamu untuk 40 tahun yang mendatang,” katanya sambil menyarungkan cincin itu ke jari manis Rima Melati.

Membuai penonton dengan vokalnya.

Dedah bapa kepada tiga cahaya mata itu dalam sidang media usai konsert, cincin berkenaan adalah lambang kasih sayang, cinta serta terima kasih tidak berbelah bagi terhadap Rima yang menemani pengembaraannya.

"Kejutan ini hanya saya dan pereka cincin saja yang tahu. Sekarang usia saya sudah genap 40 tahun. Saya berdoa semoga beliau dapat menemani saya untuk tahun 40 tahun akan datang," ulasnya lagi ketika ditanya wartawan.

Hargai peminat dengan #TemanMarcell.

Pada persembahan solo meganya itu, Marcell yang menyambut ulang tahun ke 40 pada 21 September lalu turut mengundang Rima Melati berduet membawakan lagu berjudul Very Thought of You sekali gus mendapat tepukan gemuruh penonton.

Datin Seri Tiara turut menghadiahkan kejutan.

Lebih manis, sebelum itu ketiga-tiga anaknya turut membuat kejutan dengan muncul di tengah pentas membawakan sebiji kek bagi meraikan sambutan hari jadi ayah mereka bersama semua penonton.

Konsert Marcell Once in a Lifetime yang dikatakan sengaja diadakan di Malaysia adalah bersempena perjalanan kerjaya seni penyanyi terbabit yang memasuki 15 tahun serta sambutan ulang tahun ke 40.

Penuh perasaan.

“Seperti ada ikatan batin dengan Kuala Lumpur. Ketika mula-mula mengadakan persembahan di sini, saya terkejut mendapat sokongan yang luar biasa sekali gus membuatkan sampai saat ini, saya masih anggap Malaysia sebagai rumah kedua .

"Kerana itu saya mahu abadikan konsert solo pertama di sini. Selain meraikan ulang tahun ke-15 dalam dunia nyanyian, saya juga mahu menyambut hari istimewa yang ke-40 saya di negara ini,” luahnya lagi penuh bermakna.

Berduet bersama Raline Shah.

Terdahulu pada saat kaki Marcell menginjak pentas Dewan Plenary tepat pada jam 9.15 malam, nyanyian suara gemersiknya terus hangat membuai rasa kira-kira 2,000 penonton dengan pilihan 40 seleksi lagu.

Antaranya seperti Denganmu, Demi Waktu, Peri Cintaku, Jadi Milikku, Pillow Talk, Jangan Pernah Berubah, Firasat serta pilihan Rima nyanyian asal Search, Rozana dan lagu Melayu kegemaran ibu mentuanya berjudul Putri Remaja.

Noh Hujan turut menjadi penyanyi jemputan.

Selain itu, Marcell atau nama sebenarnya Marcellius Kirana Hamonangan Siahaan turut mengundang teman duet bagi single berjudul Jadi Milikku, Raline Shah serta penyanyi Malaysia, Noh Hujan yang membawakan dua dendangan.

Persembahan artis yang terkenal dengan lagu Semusim ini turut diiringi 14 pemuzik dan penyanyi latar di bawah pimpinan Rishanda Singgih manakala Jimmy Saksafon adalah satu-satunya pemuzik tempatan yang dijemput.

 
 
Comments