Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Shaheizy Sam Ambil Iktibar Agar Tidak Berulang

Gembira ianya sedang diselesaikan secara baik.

0
comments
Shaheizy Sam Ambil Iktibar Agar Tidak Berulang
Mahu semuanya diselesaikan secara baik. (Pic: Instagram @shaheizy_sam)

Kecoh seketika sebelum ini apabila sebuah akhbar melaporkan pelakon yang pernah beberapa kali memenangi anugerah Bintang Paling Popular, Shaheizy Sam dilaporkan muflis.

Peluang bertemu dengan pelakon itu digunakan Rojak Daily Kaw! untuk bertanya sendiri kepada tuan punya badan mengenai perkembangan kes itu.

"Saya tidak boleh ulas dengan lebih lanjut kerana saya perlu hormati pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Bila semuanya sudah lengkap baru saya akan buat kenyataan," katanya.

Shaheizy berkata, dia gembira kerana perkara itu sedang diselesaikan dengan baik oleh kedua-dua belah pihak untuk mencari jalan penyelsaian.

Bintang filem Polis Evo itu berkata, dia percaya setiap yang berlaku itu ada hikmah dan enggan menyalahkan mana-mana pihak.

"Saya juga ada silap dan perkara ini banyak mengajar saya supaya lebih prihatin dan peka.

"Kalau tidak terjadi perkara ini mungkin saya tidak sedar mengenai apa yang berlaku," katanya.

Dia mengaku terkejut sebaik perkara itu mula diperkatakan namun bersedia memberikan kerjasama agar isu ini dapat diselesaikan.

Terbaharu, Shaheizy atau lebih mesra di sapa Sam berkata dia sedang bersiap untuk ke lokasi penggambaran filem Polis Evo 2 selain sibuk mempromosikan filem yang bakal ditayangkan Pinjamkan Hatiku.

"Filem Pinjamkan Hatiku ini sangat terkesan dalam kerjaya lakonan saya dan saya tidak mahu lagi bawakan watak seperti ini.

"Dalam filem ini saya perlu kurus dan menuntut permainan emosi dalaman yang sukar untuk dikatakan," katanya.

 
 
Comments