Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Alhamdulillah, Nora Danish Hamil Tiga Bulan

Semoga dengan kehadiran cahaya mata nanti akan melengkapkan lagi kebahagiaan rumah tangga.

0
comments
Alhamdulillah, Nora Danish Hamil Tiga Bulan
Nora dan Nedim melalui detik-detik bahagia. (Pic: Mohamad Bakar)

Pernah bergelar ibu dan bapa menerusi perkahwinan terdahulu, Nora Danish dan suami Nedim Nazri kini dikhabarkan berita gembira kerana bakal bergelar ibu bapa sekali lagi.

Ternyata telahan netizen selama ini ketika isu baby bump nya kelihatan pada 8 September lalu ketika menghadiri majlis pernikahan Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran Engku Zainal Abidin amat tepat sekali.

Rezeki bakal menimang cahaya mata.

Alhamdulillah Nora Danish kini hamil tiga bulan. Selepas lebih lima bulan berkahwin dengan Nedim, rezeki berpihak kepadanya begitu pantas.

"Yes, I am pregnant," demikian tuturnya penuh keriangan dan kesyukuran kepada Rojak Daily Kaw!

Sebelum ini kata Nora, dia bukan mahu menyembunyikan berita gembira itu.

Perlahankan kegiatan seni.

"Cuma doktor bilang masih terlalu awal untuk berkongsi berita menyeronokkan ini. Nasihat doktor saya patuhi. Lagipun dengan usia saya kini 35 tahun apa saja kemungkinan boleh berlaku.

"Jadi saya kena berhati-hati. Rentak seni saya pun kena diperlahankan seketika demi tumpuan fasa kehamilan ini," katanya.

Jelas juga impian anaknya sebelum ini menerusi perkahwinan pertama, Putra Rayqal Rizal Ashram untuk memiliki adik akhirnya menjadi kenyataan.

Impian anak sulung mahukan adik.

"Sebelum ini memang dia nak adik sangat. Alhamdulillah tak lama lagi, dia akan jadi abang.

"Suami saya pun gembiranya bukan main. Pastinya saya harap kehadiran anak kami nanti akan terus melengkap bahagia kami. Insya-Allah," katanya yang bernikah dengan Nedim atau Bossned pada 30 Mac lalu.

Nora mahupun suami juga tak kisah jantina bakal anak mereka nanti.

"Dapat anak perempuan okey juga. Sebab kami dah ada hero. Tapi apa saja kurniaan jantina anak kami nanti akan diterima dengan lapang dada," katanya yang menunggu dua buah filem berjudul Makrifat Cinta dan Bukan Cinta Malaikat.

 
 
Comments