Rojak Daily Logo

Koleksi Babak Drama Viral yang Serius Kelakar

0
comments
Koleksi Babak Drama Viral yang Serius Kelakar
Gambar: Janna Nick

Girlfriend Aku Dari Neraka



Lakonan mantap Sharifah Sakinah dalam telemovie ini sememangnya benar-benar berkesan sekali. Sekali tengok, mesti terdetik “Ya Allah, memang macam betul-betul dari neraka” kan? Haha. Telemovie ni memang power, sebab ada banyak lagi babak dari cerita ini yang telah lawak gila dan ini salah satu darinya.

Suami Tanpa Cinta



Sejak kebelakangan ni, nama Janna Nick makin menjadi sebutan, lebih-lebih lagi apabila beliau membintangi drama Suami Tanpa Cinta. Gandingan serasi bersama Shukri Yahaya ternyata membuahkan hasil apabila mendapat maklum balas yang positif dari peminat. Babak Janna Nick dijemput oleh Shukri Yahaya ni antara yang paling diingati dek kerana telatah Janna yang ala ‘diva’ ni.

Bukan Kerana Aku Tak Cinta



Abang Jebat ni garang betul lah! Haha. Drama bersiri ini pernah menjadi viral beberapa tahun lalu. Lakonan bermutu Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose membuatkan ramai yang jatuh cinta dengan watak yang dibawakan oleh mereka. Dengar cerita, drama ini bakal difilemkan. Kalau betul, mesti para peminat diluar sana tak sabar nak tengok Abang Jebat dan Mastura disatukan semula di layar perak kan?

Isteriku Bukan Tukang Masak



Siapa yang pernah tengok telemovie ni, mesti ingat babak ni kan? Cerita ni banyak betul pick-up lines yang sweet, bila tengok rasa macam comel je diorang ni, tapi kadang-kadang rasa menyampah pun ada. Haha. Kepada mereka yang dah berkahwin atau tengah hangat bercinta tu, boleh lah tengok telemovie ni kalau nak dapatkan idea ya.

Sepahtu Reunion



Kalau korang perasan, setiap kali ada orang cuba buat lawak atau bagi pick-up line, mesti ayat tu diakhiri dengan “cia cia cia” kan? Haa, buat mereka yang tak tahu, “cia cia cia” ni sebenarnya datang dari drama komedi bersiri Sepahtu Reunion. Setiap kali tengok, mesti rasa sakit perut sebab asyik tergelak sampai menangis! Lawak yang dihasilkan oleh mereka sememangnya bernas dan padu. Good job guys!

Melur vs. Rajawali


Fuhh kita ingat mak kita membebel dah power, tapi budak ni lagi power! Panjang betul nafas dia, memebebel tak henti selama lebih kurang dua minit, kalau mengaji ni mesti hebat.  Haha. Tapi bila fikir balik, kalau dia boleh cakap selaju ni, mesti dia boleh rap. Agak-agak ada tak sesiapa kat luar sana yang boleh lawan bebelan mamat ni? Kalau ada, boleh lah korang buat rap battle nanti. Hehe.
 
 
Comments