CLOSE
CLOSE

Ini 8 Sebab Anda Perlu Menonton Abang Long Fadil 2

Filem aksi komedi yang berkualiti dan menghiburkan.


  • Share:

Ini 8 Sebab Anda Perlu Menonton Abang Long Fadil 2
Gambar: Astro Shaw

MENGHIBURKAN! Itu perkataan yang mampu kami rungkaikan apabila berkesempatan menonton filem Abang Long Fadil 2 (ALF2) semasa malam gala tayangannya. Menyaksikan gandingan kali pertama Astro Shaw dan Skop Productions dalam menghasilkan filem aksi komedi ini, kami menjangkakan filem ini bakal box office!

Wak Doyok dan Zizan Razak

8 Sebab Anda Perlu Menonton Abang Long Fadil 2

1. Filem Abang Long Fadil pernah mencetuskan fenomena tersendiri pada tahun 2014 dan selepas 3 tahun, filem ALF2 digarap padat aksi dan jalan cerita yang mendebarkan.

2. Filem ini mengandingkan pelakon lama dan pelakon baru. Antaranya Zizan Razak, Syamsul Yusof, Dato' AC Mizal, Wak Doyok, Achey, Shuib Sepahtu, Tania Hudson, A. Galak, Mas Khan dan ramai lagi.

Penuh aksi.

3. Filem ini menggunakan hampir 40% visual CGI. Ada beberapa babak yang seakan-akan asli walaupun menggunakan CGI.

4. Plot twist dihujung filem benar-benar mengujakan. Pasti anda akan berkata, "Lahhhhh rupa-rupanyaaaaaa..."

Serius campur kelakar.

5. Dari segi skrip, ia nampak lebih bersahaja dan padat.

6. Gandingan anak beranak A. Galak selaku ketua gangster bernama Taji Samprit dan anaknya Wak Doyok betul-betul mencuit hati. Siapa sangka A. Galak yang sering berlakon watak serius boleh menjadi mafia yang garangnya hanya pada misai. 

A. Galak selaku ketua ganster.

7. Anda akan puas melihat aksi bertempur dalam filem ini. Tahukah anda, Dato' AC MIzal banyak melakukan aksi stuntnya sendiri tanpa bergantung pada stuntman.

8. Keseluruhnya, filem aksi komedi ini cukup menghiburkan. Tawa dari lakonan Shuib Sepahtu, Zizan Razak, Wak Doyok, Dato' AC Mizal serta galau dari lakonan Syamsul Yusof, A. Galak, Achey serta Tania Hudson benar-benar bersatu dan ia mampu memenuhi selera penonton generasi baru dah lama. 

Fadil macho tak?

Sinopsis Abang Long Fadil 2

Abang Long Fadil 2 mengisahkan tentang perjalanan hidup Fadil, yang terjerumus ke dalam dunia mafia, didalangi oleh Taji Samprit dan anaknya Wak Doyok. Fadil terpaksa menjalani kehidupan sebagai seorang pembunuh upahan walaupun dia bukanlah seorang pembunuh. Sasaran pertama Fadil ialah King Kong, seorang yang gila kuasa dan musuh kepada Taji Samprit. Berjayakah Fadil menempuh dugaan yang berlaku pada dirinya? 
 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top