Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Gempak Semakin Gempak!

“Tampil setanding dengan jenama terkenal global dan pada masa yang sama menyuntik elemen lokal” – Raja Jastina Arshad.

0
comments
Gempak Semakin Gempak!
Gempak mahu setanding global. (Pic: Astro Comms)

Semalam Astro memperkenalkan wajah baru Gempak, platform digital hiburan nombor satu di Malaysia dan menyasarkan golongan Melayu Millennials atau Malaynnials berumur antara 18 hingga 34 tahun sebagai audiens sasarannya. Gempak yang boleh dilayari di www.gempak.com dan menerusi aplikasi mudah alih kini boleh dimuat turun secara percuma di Google Play Store buat pengguna Android dan Apple App Store buat pengguna iPhone. 

Raja Jastina Arshad, Ketua Penjenamaan, Pemasaran Bahagian Melayu dan Gempak.

Gempak menawarkan pelbagai kandungan eksklusif, video-video menarik, berita hiburan dan informasi terkini, tips dan tutorial, gaya hidup masa kini, dan siri-siri televisyen yang terhebat dari dalam dan luar negara. 

Ketua Penjenamaan, Pemasaran Bahagian Melayu dan Gempak, Raja Jastina Arshad berkata, “Untuk menjadi sebuah jenama pilihan pengguna, kami di Astro perlu mencapai tahap industri dan berada setanding dengan jenama-jenama terkenal di peringkat global. Namun begitu, pada masa yang sama tampil unik dengan menyuntik elemen lokal yang ringkas, paling intuitif, hebat dan cukup relevan serta bersifat peribadi dan menawarkan nilai terbaik untuk setiap pengguna.

Dato' Khairul Anuar Salleh bersama selebriti yang turut hadir.

Gempak, perkhidmatan hiburan Melayu popular kami ini telah diperkenalkan pada bulan Jun 2012, terus menghiburkan dan menghubungkan generasi Malaynnials yang sentiasa menginginkan informasi yang cepat, tepat dan mudah. Sejak dari hari ianya dilancarkan, Gempak telah meraih hampir 55 juta unique visitor, dengan statistik terkini dari bulan Jan hingga Julai 2017 dicatatkan sebanyak 20 juta pengunjung. Manakala dari aspek digital views pula, Gempak berjaya mencatatkan sebanyak 1.1 bilion tontonan secara kumulatif menerusi Website, YouTube dan Facebook, dengan statistik terkini dari bulan Jan hingga Julai 2017 dicatatkan sebanyak 264 juta tontonan.

Antara team Gempak.

Gempak berusaha untuk membina fanbase dengan memupuk budaya ‘fandom’ menerusi kandungan eksklusif yang dipersembahkan dalam bentuk video, aktiviti lapangan, komuniti sosial di atas talian dan melalui siri-siri kandungan digital-first. Pendekatan ini memberi peluang kepada pengguna yang rata-ratanya terdiri dari golongan muda untuk menikmati sebuah pengalaman hebat, seiring dengan permintaan dan ekspektasi masing-masing. Memahami akan kehendak audiens Malaynnials untuk sentiasa berhubung terutamanya menerusi alat peranti mudah alih yang pelbagai, kami pada hari ini melancarkan aplikasi Gempak dengan misi utama untuk memperhebatkan lagi penglibatan kami dengan komuniti yang semakin berkembang ini”.

Antara tetamu dan selebriti yang hadir.

Menerusi Gempak, pengguna boleh menjadi sebahagian dari kelab peminat, ‘Gempak Fans’, dan berpeluang untuk menikmati pelbagai ganjaran hebat, memiliki barangan eksklusif serta menyertai aktiviti-aktiviti menarik yang pastinya bakal mencetuskan pengalaman terhebat dalam hidup mereka.

Gempak turut melancarkan musim terbaharu ‘The House’ yang bakal menampilkan pelakon popular tanah air, Fattah Amin dan seorang lagi pelakon muda yang semakin menempa nama dalam industri seni tempatan, Alvin Chong. ‘The House’ merupakan program realiti digital pertama yang diperkenalkan secara eksklusif di platform Gempak. Program yang telah bersiaran selama tiga musim ini berjaya meraih secara keseluruhan sebanyak 31 juta tontonan video dan menerima lebih dari 46 juta capaian di laman media sosial.

Fattah Amin dan Siti Nordiana turut memeriahkan majlis.

Di antara kandungan eksklusif lain yang menanti pengguna Gempak dalam jangka masa terdekat ini adalah ‘Mata Cinta’, sebuah drama siri digital berkonsepkan komedi romantik dan menampilkan pelakon popular seperti Juliana Evans, Sasha Saidin dan Dynas Mokhtar sebagai peneraju utama. Buat julung kalinya juga, Gempak akan menampilkan sebuah program realiti digital, ‘Digital Idol’ untuk mencari seorang personaliti media sosial paling berpengaruh. Memandangkan program ini bakal mengiktiraf figura yang memiliki populariti terhebat di ruangan digital, Gempak bakal berkolaborasi dengan pakar pemasaran media digital, MaxMan.TV untuk melengkapkan misi ini. Dalam pada itu juga, bagi menjana lebih banyak aliran trafik ke platform Gempak, ia akan turun menjalinkan kerjasama dengan bakat-bakat muda yang terkenal di ruangan digital termasuklah dengan menyediakan platform kepada mereka untuk menyumbang artikel atau hasil kreatif masing-masing.

Jastina dan Junior.

Mengulas dengan lebih lanjut lagi mengenai penawaran terbaik jenama Gempak kepada gugusan pengiklan dan organisasi korporat pula, Pengurus Besar Blaze Digital, Jayaram Nagaraj berkata, “Pemasaran digital dilihat menjadi medium pilihan banyak syarikat pada hari ini. Gempak memiliki fleksibiliti untuk memenuhi kehendak pengiklan, mengikut kepada spesifikasi yang mereka inginkan. Kami mempunyai tenaga kerja yang kreatif dan dilengkapi dengan fasiliti moden bagi membangunkan sesebuah kandungan khas seperti yang diinginkan pengiklan dalam garis masa yang ditetapkan. Tambahan pula, Gempak turut mempunyai akses kepada ramai bakat-bakat hebat tanah air yang boleh ditampilkan sebagai peneraju utama dalam sesebuah kandungan yang ingin dipasarkan menerusi ruangan digital. Saya yakin, bersandarkan kepada faktor-faktor ini, Gempak adalah platform terbaik untuk mereka”.

Hafiz dan Syamel, bakat besar industri seni.

Selain dari Gempak, Astro memiliki 21 jenama digital ikonik di bawahnya seperti portal Astro Awani, Rojak Daily, Xuan, In Trend, Astro Ulagam dan banyak lagi. Menerusi entiti pemasaran digital kami, Blaze Digital, Astro baru-baru ini telah menjalinkan kolaborasi dengan 11 penerbitan digital, yang mana kerjasama ini menjadikan purata capaian kami di platform Facebook melebihi 100 juta oleh 20 juta pengguna.

 
 
Comments



Back to top