Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Erma Fatima Bercerai

Bade lafaz talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

0
comments
Erma Fatima Bercerai
Erma dan Bade akhirnya bercerai. (Pic: Alexander Hadreez Jr.)

“Seluruh kehidupan saya, saya sudah berikan pada seni untuk diketahui masyarakat Justeru saya mohon urusan rumah tangga dan mati saya, biarlah rahsia saya dengan Allah. Andai ini ketentuannya, saya sangat reda,” demikian kenyataan ringkas pelakon dan pengarah terkenal, Erma Fatima sebaik saja selesai urusan perceraiannya dengan sutradara, Badaruddin Azmi atau Bade pagi tadi.

Siapa sangka, selepas 27 tahun mendirikan mahligai bahagia, akhirnya Bade, 53 melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya itu kira-kira jam 11.35 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, hari ini.

Bade melafazkan cerai di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin.

Terdahulu, pengarah KL Menjerit ini tiba di mahkamah berasingan, kira-kira jam 10.30 pagi dengan menunggang motosikal manakala Erma, 49 yang mengenakan jubah hitam, tiba pada jam 11 pagi ditemani adiknya, Betty Rahmad.

Erma dan Bade berdiam diri tentang sebab penceraian mereka.

Sementara itu, ketika ditemui di perkarangan mahkamah, Bade enggan memberikan sebarang penjelasan lanjut berhubung percaraian itu.

No Comment,” katanya kepada Rojak Daily Kaw!

Bade sebagai plaintif memfailkan permohonan cerai pada 10 Ogos lalu di mahkamah yang sama mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003. Erma diwakili peguam Datuk Jamal Mohd Lokman Sulaiman sementara Bade tidak diwakili peguam.

Dua tahun lalu, Erma pernah memfailkan permohonan cerai selepas mendapat tahu Bade berkahwin lain. Hasil perkahwinan dengan wanita bernama Aida yang berasal dari Pahang itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata.

Bagaimanapun pengarah yang bakatnya mula dicungkil menerusi filem Rozana Percintaan 1987 ini menarik balik keputusannya itu selepas mendapati mereka masih saling menyayangi.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 30 November 1991 dan mempunyai lima orang anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, 24, Ahmad Arir, 22, Ahmad Aifin, 20, Citra, 15, dan Nurain, 11.

 
 
Comments



Back to top