Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Kilafairy Bakal Lancar Single Duet Bersama Sean Kingston

Rakam dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris.

0
comments
Kilafairy Bakal Lancar Single Duet Bersama Sean Kingston
Bakal lancar single duet bersama Sean Kingston. (Pic: Z.Nadzri)

Lebih kepada kontroversi dan cerita sensasi, itulah dua perkara yang sering dikaitkan dengan pelakon dan penyanyi Kilafairy, 25.

Tiada pencapaian besar dalam kerjaya seninya. Bagaimanapun, dia yang selesa dipanggil Kila akan membuktikan kesungguhannya dalam bidang seni apabila akan melancarkan single duet bersama penyanyi berdarah Amerika-Jamaica, Sean Kingston, hujung tahun ini.

Rakam pada Jun lalu.

Menurut Kila, lagu yang belum berjudul itu sudah dirakam di tanah air pada Jun lalu.

“Saya menyenaraikan beberapa nama artis luar negara dan pihak pengurusan saya, Lion Music Group berjaya mendapatkan Kingston.

Rakam dalam dua versi.

“Proses rakaman lagu hip hop ini hanya mengambil masa sehari saja dan ia pengalaman berharga berpeluang berduet dengan penyanyi itu,” katanya.

Menurut Kila, single keempatnya itu dirakam dalam dua versi iaitu Bahasa Malaysia dan Inggeris.

Tunggu masa rakam bahagiannya.

“Saya rakam untuk versi Bahasa Malaysia manakala Sean kekal dengan lirik Inggeris.

“Video muzik babak Sean sudah dirakam cuma bahagian saya belum siap lagi” katanya.

 
 
Comments



Back to top