Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

“Saya Tak Ambil Dadah” - Elizabeth Tan

Badan susut kerana tekanan perasaan akibat putus cinta.

0
comments
“Saya Tak Ambil Dadah” - Elizabeth Tan
Mudah memendam rasa. (Pic: Z.Nadzri)

“Badan saya kurus bukan kerana ambil dadah tetapi disebabkan tekanan perasaan. Sejak kecil saya suka memendam perasaan dan akhirnya ia ‘makan’ diri,” jelas penyanyi lagu Knock Knock, Elizabeth Tan, 24.

Dia tampil menafikan dakwaan itu pada majlis pelancaran single terbarunya berjudul Darling, baru-baru ini.

Penyanyi yang mesra dengan panggilan Lizzy itu menjelaskan tubuhnya susut mendadak kerana dia hilang selera makan selepas putus cinta dengan bekas kekasihnya selain mengalami tekanan berikutan banyak memendam perasaan sejak kecil.

Ibu tahu masalah sebenar.

"Hanya ibu saya yang tahu masalah sebenar dan dia sanggup menyuapkan saya demi memastikan saya jamah sedikit makanan setiap hari.

"Selain cinta tidak kesampaian, perjalanan hidup saya seawal usia 10 tahun, 14 tahun sehinggalah kini juga adalah punca saya tertekan kerana suka memendam rasa, tidak banyak bercakap dan pemalu.

“Sebelum jadi sekuat sekarang, saya pernah hilang jati diri dan tidak kenal diri sendiri,” katanya kepada Rojak Daily Kaw!

Gembira dapat berlakon.

Pada pertemuan itu juga, Lizzy menyatakan hasrat untuk aktif dalam dunia lakonan dan impiannya tercapai apabila dia menjadi teraju utama drama 20 episod, My Darling Inspektor Daniel yang sedang bersiaran di Astro Ria.

"Saya memang suka berlakon dan saya jadi penyanyi disebabkan peluang. Setiap kali memuat naik nyanyian saya di YouTube, pasti ia tular.

Berhasrat sambung pengajian.

“Jadi, apabila dapat tawaran menjadi artis rakaman, saya terima kerana mahu sara hidup. Selepas dua kali menjayakan persembahan, saya mula hilang minat menyanyi tetapi terpaksa teruskan kerana ada permintaan.

“Berbeza dengan lakonan, saya memang suka berdialog depan cermin sejak kecil malah pernah berharat menyambung pengajian dalam bidang seni persembahan teater,” katanya.

 
 
Comments



Back to top