Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo

Ummi Nazeera Dan Mohd Izzar Sudah Bernikah Lebih Awal Daripada Tarikh Dirancang

Hanya 20 orang tetamu diundang pada majlis pernikahan mereka.

0
comments
Ummi Nazeera Dan Mohd Izzar Sudah Bernikah Lebih Awal Daripada Tarikh Dirancang
Majlis meraikan pengantin. (Pic: Mohamad Bakar)

Takdir cinta akhirnya menyatukan Ummi Nazeera, 27 dan arjuna hati beliau, Dr Mohd Izzar Anwari Datuk Sri Abdul Khani, 30.

Perkenalan sejak Januari tahun lalu memutik rasa bahagia hingga tersusun cantik hikayat asmaradana kedua pasangan sama padan sama cantik ini.

Pasangan ini sah bergelar suami isteri lebih awal daripada tarikh yang dimaklumkan iaitu pada hari ini, 3 Ogos.

Mereka sebenarnya sudah bernikah sejak 23 Julai lalu dalam sebuah majlis tertutup pada 23 Julai lalu.

Ungkap Ummi atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Datuk Zainulabadin, dia mengambil keputusan untuk mempercepatkan majlis itu kerana atas dasar menghormati permintaan keluarga.

"Saya mengaku sudah bergelar isteri Izzar sejak 23 Julai lalu kerana menuruti keputusan keluarga agar pernikahan ini diadakan lebih awal daripada tarikh dirancang," kata pelakon filem Penanggal itu kepada Rojak Daily Kaw!

Ummi sah diijabkabulkan bersama Izzar yang merupakan seorang doktor berasal dari Kuala Lumpur dengan sekali lafaz pada jam 10.45 pagi di kediaman adik kepada bapa Ummi, Yang Berbahagia Datuk Aziz Mat Akhir di Bukit Tunku, Kuala Lumpur.

Khutbah nikah disampaikan oleh Imam Besar Masjid Wilayah, Datuk Rashidy Jamil Al-Rashid.

Jumlah mas kahwin dan wang hantaran bagaimanapun dirahsiakan.

Hanya 20 tetamu diundang pada majlis pernikahan mereka.

Majlis meraikan pengantin.

Turut hadir menyaksikan akad nikah itu ialah bonda Sultan Terengganu, Yang Teramat Mulia Tengku Besar Terengganu Sharifah Nong Fatimah Syed Abdullah Al-Saggof, isteri Aziz, Yang Amat Mulia Tengku Dato Rahimah Almarhum Sultan Mahmud Al-Mukhtafi Billah Shah, ibu serta abang Ummi, Dato’ Sri Maziah Musa dan Dato’ Ahmad Nazreem Azrul Hidayat, bapa serta ibu Izzar, Datuk Sri Abdul Khani Daud dan Datin Sri Nurah Abdul Rahman.

Ummi menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan.

Mengenai fasa barunya sebagai isteri, Ummi memberitahu, dia kini berasa lebih gembira dan tenang selepas memasuki hari kesebelas mendirikan rumah tangga.

"Saya kena lebih berhati-hati dalam setiap perkara kerana sekarang hidup berdua bersama suami. Kalau hendak merajuk atau marah, kena berfikir banyak kali disebabkan takut rasa berdosa dengan suami.

"Cuma agak sedih apabila kami terpaksa berpisah selepas setengah hari bernikah kerana Izzar masih lagi bertugas di Sarawak. Yang pasti, saya perasan bahawa suami menjadi lebih romantik selepas berkahwin," jelas Ummi yang bakal meneruskan karier seni seperti biasa selepas ini.

Majlis meraikan pengantin.

Kedua mempelai itu merancang untuk berbulan madu di Sabah dan Switzerland tidak lama lagi.

Resepsi persandingan pasangan itu akan diadakan di Hotel Shangri-La pada Sabtu ini dan diikuti di Dewan Bankuet Menara Felda, Persiaran KLCC di sini 12 Ogos ini.

Mereka mengikat tali pertunangan pada 12 November tahun lalu apabila memasuki usia tiga bulan berkenalan selepas diperkenalkan oleh ibu Izzar pada 29 Januari 2016.

Sementara itu, Ummi bakal muncul dengan filem televisyen terbaharunya, Bisik Pada Langit arahan Kabir Bhatia tidak lama lagi, selain melancarkan produk kosmetik, Nazeera Village (NZRA) baru-baru ini.

Bagaimanapun pada malam ini (3 Ogos) dijadikan majlis meraikan pengantin. Ummi yang menyarung persalinan rekaan Innaired bersama suami diraikan lebih 200 keluarga terdekat termasuk tetamu kenamaan, Yang Amat Mulia Tengku Seri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Mukhtafi Billah Shah serta isteri, Toh Puan Seri Wan Hidayah Wan Ismail di Hotel Le Meridien, Putrajaya hari ini.

 
 
Comments



Back to top