Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Bella Minta Afifah Nasir Tidak Ganggu Rumah Tangganya Dengan Aliff Aziz

Sudah banyak kali kantoi, tetapi kali ini sudah melebihi batasan.

0
comments
Bella Minta Afifah Nasir Tidak Ganggu Rumah Tangganya Dengan Aliff Aziz
Gambar kiri: Bella dan Aliff (pic: Instagram @aliffaziz) Gambar Kanan: Afifah Nasir (Pic: Instagram @afifahnasir93)

Runtun hati wanita seorang insan bernama Bella Astillah, saat lelaki tersayang lebih rela mempertahankan orang lain berbanding dirinya. Itu yang dialami Bella kala cerita pergelutannya dengan suami, Aliff Aziz terjadi di sebuah pusat karaoke di Cheras.

Aliff yang ketika itu dikatakan sedang bersama dengan pelakon Afifah Nasir hanya berlalu begitu saja. Bella yang terkapar-kapar dan lebih tragis dalam keadaan berpantang selepas lebih 20 hari melahirkan zuriat perkongsian hidupnya dengan Aliff hanya dibantu pekerja di premis hiburan terbabit saja.

Malah ketika Bella mempertahankan diri dan situasi sebenar bahawa pelakon wanita berkenaan cuba menggoda suaminya, ada pula yang menganggap dia meroyan kerana masih dalam berpantang.

Bangkit kerana benar, ibu kepada Mohamad Ayden Adrean bukan mahu mencuri tumpuan ramai sebaliknya hanya mahu mempertahankan dirinya serta kebenaran.

“Selama suami saya berlakon dengan pelakon wanita lain seperti Mira Filzah, Diana Danielle dan Risteena Munim, tak pernah terjadi hal sebegini. Dengan pelakon wanita itu, pelbagai cerita mula saya dengar. Dari awal saya bagai tak percaya. Saya cuba bersangka baik ketika mereka sama-sama menjalani penggambaran drama Izinkan Aku Mencintaimu bagi siaran RTM.

“Saya hanya berada pada hari pertama dan kedua di lokasi penggambaran itu. Hari seterusnya Aliff sendiri cakap tak perlu temankannya lagi di lokasi. Saya pun ketika itu sarat mengandungkan anak kami. Ikutkan walau sarat, saya masih kuat bergerak. Saya tak fikir rupa-rupanya ada sesuatu yang terjadi. Malah pihak produksi drama itu pun kasihankan saya dengan apa yang terjadi.

“Sudah banyak kali mereka ‘kantoi’. Saya cuba memaafkan suami kerana saya tak mahu terlalu larut dengan emosi ini. Bayangkan situasi saya sedang berpantang tetapi diuji sebegini. Selama ini orang produksi sendiri tahu betapa sweet nya kami sebagai pasangan suami isteri. Aliff pun suami yang caring dan sayangkan saya. Tapi dengan pelakon wanita itu, Aliff berubah. Entah apa yang sudah pelakon wanita itu lakukan kepada suami saya hingga tergila-gilakannya,”katanya.

Tambah Bella lagi yang berkahwin dengan Aliff pada September tahun lalu, dia tidak mahu terlalu menurut rasa amarah.

“ Rumah tangga kami pun masih baru dibina sejak hujung tahun lalu. Saya harap ada jalan penyelesaian terbaik untuk hal ini. Selagi boleh dipertahankan, akan saya lakukan.

“Saya melahirkan zuriat Aliff. Saya tak mahu terlalu dibuai emosi kerana tak mahu anak ini hidup tak berbapa jika terlalu menurutkan rasa amarah,” katanya.

Ungkap Bella, dia juga pernah merayu kepada Afifah untuk tidak lagi mengganggu gugat rumah tangganya.

“Saya pernah menghantar kiriman WhatsApp kepadanya dengan baik. Dia (Afifah) cakap tak ingin pun dengan suami saya. Dia cakap dia sudah ada kekasih kacak. Tapi akhirnya kebenaran terserlah. Kantoi juga.

“Malah saya juga ada menghantar mesej langsung kepada kekasihnya. Tapi dia masih mempertahankan Afifah. Saya juga minta nombor telefon kekasihnya untuk hantar semua bukti sandiwara yang dilakukan kekasihnya. Selepas mendapat nombor telefon, saya menghantar segera bukti semua itu. Dia diam tak menjawab sepatah pun. Saya kurang pasti apa reaksi sebenarnya kerana mereka sudah empat tahun bersama,” katanya.

Kata Bella lagi, semakin lama dibiarkan, semakin menjadi-jadi cerita yang didengari.

“Satu persatu kisah saya mula dapat tahu mengenai Afifah yang cuba menggoda suami saya. Malah saya diberitahu pintu bilik salin baju ketika menjalani penggambaran pun dibiarkan terbuka untuk menarik perhatian suami saya.

“Saya ada bukti paparan skrin perbualan dengan Afifah, gambar dia memeluk Aliff dan juga video CCTV mereka berpegangan tangan mesra di premis karaoke itu. Jangan cuba nak menafikan kebenaran yang sudah terserlah. Saya tak takut. Allah Maha Besar.

“Saya juga bertambah kesal kenapa Afifah yang sudah mempunyai teman lelaki yang kacak sanggup berbuat begitu seolah-olah mahu merampas Aliff daripada saya.,” katanya.

Mengenai insiden di pusat karaoke berkenaan, wanita berusia 27 tahun memberitahu itu kali pertama dia dikasari suami tercinta.

"Dia marah apabila saya merakam gambarnya bersama wanita itu dan merampas telefon bimbit di tangan saya. Ketika itu kami bergelut manakala telefon saya dipegang oleh wanita terbabit yang cuba memadam bukti itu.

"Akibat pergelutan itu saya luka di dahi dan lutut," katanya.

Terdahulu, media melaporkan seorang penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura difahamkan merujuk kepada Aliff Aziz ditahan polis petang semalam atas kesalahan membelasah isterinya di sebuah pusat karaoke di Cheras.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin dilaporkan berkata, dalam kejadian kira-kira 4.30 petang, isteri penyanyi itu yang masih dalam pantang ke premis terbabit bersama ibunya sebelum menemui lelaki berkenaan bersama seorang wanita dalam satu bilik karaoke.

 
 
Comments