CLOSE
CLOSE

“Tak Ada Salahnya Buka Akaun Media Sosial Untuk Cahaya Mata” – Amar Baharin

Bukan sahaja dapat menyimpan kenangan, tetapi juga berkongsi momen indah dengan peminat.


  • Share:

“Tak Ada Salahnya Buka Akaun Media Sosial Untuk Cahaya Mata” – Amar Baharin
Mahu buka akaun media sosial untuk anak yang bakal lahir. (Pic: Z.Nadzri)

Ada artis yang enggan ‘menayangkan’ wajah bayi mereka sebaik saja dilahirkan tetapi ada juga pasangan artis yang bersikap lebih terbuka.

Terpulang pada pendirian masing-masing, bak kata pepatah ‘tepuk dada tanya selera’.

Bagi pelakon Amar Baharin, 32, yang sedang menunggu kelahiran bayi sulung hasil perkahwinannya dengan pelakon Amyra Rosli, 26, dia berhasrat membuka akaun media sosial untuk cahaya mata mereka.

Amyra dijangka bersalin penghujung Oktober ini.

Dijangka bersalin penghujung Oktober.

“Saya dan isteri tiada masalah untuk membuka akaun media sosial untuk anak kerana ramai selebriti berbuat demikian dan tiada salahnya kami berkongsi momen indah membesarkan anak kami dengan peminat.

"Terpulanglah orang suka atau tidak tetapi bagi kami ia penting kerana boleh dijadikan kenangan.

Boleh jadi kenangan masa hadapan.

"Lagipun ini trend sekarang, jadi kenapa saya tak boleh buat? Rata-rata semua orang ada akaun media sosial dan koleksi gambar mahupun video. Ia boleh jadi kenangan 20 tahun akan datang,” katanya kepada Rojak Daily Kaw!

Tak kisah jantina, janji sihat.

Bercerita lanjut mengenai bayi yang bakal lahir itu, Amar beritahu mereka belum tahu jantina anak kerana setiap kali doktor melakukan imbasan, jantina bayi asyik terlindung.

"Tak kisahlah lelaki atau perempuan, kami terima dengan hati terbuka. Apa yang penting, bayi sihat,” katanya.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top