Rojak Daily Logo

SENIMAN Gesa Tindakan Tegas Siasat Pelawak Singapura

0
comments
SENIMAN Gesa Tindakan Tegas Siasat Pelawak Singapura
Tindakan pelawak tersebut menjatuhkan maruah negara. (Gambar: Fakkahfuzz.com)

Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyiasat pelawak Singapura, Fakkah Fuzz yang didakwa mempersenda Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Presiden SENIMAN, Zed Zaidi berkata, tindakan pelawak tersebut turut menjatuhkan maruah negara dan berharap bidang seni kreatif tidak di salah guna serta kejadian sama tidak berulang.

"Walaupun anda seorang artis pelawak, lawak-lawak anda tidak lucu bagi kami rakyat Malaysia lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan yang penuh barokah ini. Saya doakan supaya ALLAH S.W.T membuka hati anda supaya belajar tidak menguris hati dan perasaan orang apabila anda berada di pentas melakukan persembahan nanti," katanya menerusi status di Facebook, semalam.

Zed Zaidi | Rojak Daily
Tindakan pelawak tersebut turut menjatuhkan maruah negara. (Gambar: zedzaidi.blogspot.com)

Merujuk pada video jenaka itu yang menjadi viral di media sosial, pelawak itu turut tampil meminta maaf dan menjelaskan ia hanya bertujuan jenaka berdasarkan peristiwa dan isu semasa yang berlaku serta tidak mengaitkan mana-mana pihak.

Tambahnya, dia tidak berniat menyakiti atau menuduh mahupun menyasarkan mana-mana pihak. Baginya, jenaka yang dipersembahkannya mungkin dianggap konsep baru pada sesetengah pihak dan sekadar memperkenalkan dirinya pada orang ramai.

 
 
Comments