CLOSE
CLOSE

Berlakon Babak Ghairah, Amar Asyraf Bawa Isteri Saksikan Sendiri Penggambaran Berkenaan.

Isteri bukan jenis kuat cemburu.


  • Share:

Berlakon Babak Ghairah, Amar Asyraf Bawa Isteri Saksikan Sendiri Penggambaran Berkenaan.
Hanya lakukan tanggungjawab lakonan. (Gambar: Mohamad Bakar)

Pelakon berbakat besar, Amar Asyraf tidak meminta kebenaran isteri, Arna Salleh untuk melakonkan babak ranjang dan intim dengan pelakon meningkat naik, Nadia Brian ketika menjalani penggambaran filem Blok 404. Sebaliknya bapa kepada Amar Taufiq itu dengan terbuka mengajak isterinya datang ke lokasi penggambaran filem terbitan DBI Entertainment Sdn Bhd itu.

Ikuti penjelasan Amar kepada Rojak Daily Kaw!

“Saya tak minta pun kebenaran isteri untuk melakonkan babak itu. Dia pun bukan jenis yang kuat cemburu.

“Daripada sisi lain saya tak takut isteri marah atau cemburu melakonkan babak sebegitu. Yang saya risaukan jika Nadia Brian sendiri gagal menyempurnakan babak kami berdua itu kerana dia tidak pernah berlakon sebegitu.

Isteri faham kehendak filem.

“Syukur isteri pun okey saja ketika melihat saya melakukan babak itu kerana dia sedar semua hanya lakonan,” kata Amar yang turut diumumkan sebagai duta produk pencuci lelaki jenama Durro pada majlis sama filem arahan Azma Aizal Yusoof itu dilancarkan di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.

Dalam pada itu, Amar turut memaklumkan tindakan daringnya melakonkan babak ranjang sebegitu pasti akan mengundang perhatian ramai dan tak mustahil akan ada yang mula mengecam terutama di kalangan netizen yang pantas menghukum.

Bersedia dengan reaksi negatif netizen.

“Semua saya buat atas paksi lakonan. Saya pun belum pernah melalui situasi kontroversi yang teruk. Tapi saya sudah bersedia andai kata lakonan itu akan mengundang reaksi negatif netizen mahupun peminat,” katanya.

Malah bagi merealisasikan watak lelaki bernama Hairi di dalam filem itu yang yang gemar bersosial dan bermasalah, Amar mengakui berkunjung ke pusat hiburan termasuk kelab malam selama tiga hari berturut - turut bagi meninjau gelagat anak muda masa kini berhibur.

Tersalah masuk kelab gay.

Lebih ‘parah’ dan boleh disifatkan sangat melucukan juga kerana Amar tersilap langkah masuk ke sebuah kelab gay hinggakan kelibatnya mula menarik perhatian ramai.

“Sebenarnya realiti yang saya lihat dalam kelab malam lebih menggerunkan daripada apa yang saya cuba lakukan ketika merealisasikan watak Hairi dalam filem Blok 404.

“Tapi yang tak boleh tahan itu, saya tersilap masuk yang dipenuhi ramai lelaki. Akhirnya saya sedar yang tersalah masuk ke kelab gay,” katanya sambil tergelak.

Filem berkenaan direalisasikan atas sambutan baik ketika naskhah judul kira-kira 16 tahun lalu menerusi versi VCD mencipta fenomena.

Filem dijangka ditayangkan hujung tahun ini.

Penggambaran filem ini diadakan sejak 8 hingga 21 Jun lalu di beberapa lokasi seperti Rumah Kebun Hulu Langat dan di sekitar Kuala Lumpur termasuk di Jalan U Thant, Ampang dan Rumah Sri Kenangan, Cheras.

Selain mengekalkan deretan beberapa orang pelakon asal seperti Zamarul Hisham, Raja Azrey dan Boy Iman, ia turut membariskan beberapa wajah baru seperti Fasha Sandha, Nur Risteena Munim, Amar Asyraf, Nadia Brian Aedy Ashraf dan Adrea Abdullah. Tak ketinggalan Kamal Adli, Ozlynn Waty, Syamsul Yusof, Riz Amin dan Taufik Hanafi.

Penggambaran masih berbaki satu hari. Filem ini dijangka tayangannya pada hujung tahun ini.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top