CLOSE
CLOSE

Babak Dirogol Aaron Cukup Mencabar Bagi Izara

Watak Salina dalam Kau Yang Satu bertentangan dengan karakter sebenar Izara.


  • Share:

Babak Dirogol Aaron Cukup Mencabar Bagi Izara
Tidak sabar menanti tayangan Kau Yang Satu kepada umum. (Gambar: Astro Shaw)

Tidak hanya bersandarkan kontroversi, Izara Aishah sebenarnya boleh disifatkan sebagai pelakon wanita yang mempunyai bakat besar. Menunjukkan peningkatan sejak beberapa tahun lalu menerusi beberapa naskhah di kaca TV dan layar perak, cinta hati kepada Adib Khalid itu kini sedang menghitung hari tayangan filem Kau Yang Satu.

Pertama kali berlakon filem bersama Aaron dan Hisyam.

Filem adaptasi novel arahan Osman Ali itu akan ditayangkan di pawagam mulai 27 Julai ini. Melakonkan watak Salina, Izara juga buat pertama kali ‘dihimpit’ dua pelakon lelaki yang masing-masing bergelar papa hot iaitu Aaron Aziz serta Hisyam Hamid.

Berkongsi cerita kepada Rojak Daily Kaw! pelakon jelita bertubuh montok dan seksi itu menjelaskan Salina sebenarnya bertentangan dengan dirinya. Malah watak itu turut menuntut dirinya menangis hampir setiap masa.

Watak memerlukan banyak  bermain dengan emosi.

“Watak Salina ini memang berat dan banyak memerlukan saya bermain dengan emosi. Babak kena menangis di kampung memang tak saya dapat lupakan. Hingga pada satu tahap, saya sudah tak boleh lagi mengeluarkan air mata. Penggambaran babak itu terpaksa ditangguh dua tiga jam kemudian baru sambung balik shoot.

“Selain itu, babak saya kena ‘rogol’ dengan Aaron juga sangat mencabar. Ada beberapa babak intim juga antara saya dan Aaron berdua tapi masing-masing bersikap profesional dan mahu memberikan yang terbaik. Termasuklah babak saya mencukur misainya di dalam tandas.

Watak Salina dan saya jauh berbeza.

Salina juga bertentangan dengan diri Izara di alam realiti.

“Kalau sayalah jadi Salina, memang tinggal terus lelaki yang memperlakukan dirinya sebegitu rupa. Never in my life! Saya takkan benarkan lelaki buat macam itu kepada diri saya.

“Salina pun digambarkan serba serbi lembut dan santun budi bicaranya. Salina juga naif. Melakonkan watak Salina ini sukar sebenarnya. Nak gelak sepertinya, nak jalan ‘ayu’ sebagai gadis kampung, so hard untuk saya buat. Saya ini orang kampung juga, tapi memang jenis yang kasar dan bukan control ayu sepertinya.

“Namun kalau sudah tuntutan kerja, saya cuba merealisasikan watak itu sebaik mungkin.

Ungkap Izara lagi, dia juga memilih untuk tidak membaca novel asal dan membayangkan watak pelakon lain yang seumpama itu dalam merealisasikan watak Salina.

Osman Ali banyak membimbing.

“Saya memilih untuk tidak membaca novel kerana tidak mahu terlalu terikat. Saya bimbang ia akan buat saya jadi keliru. Saya cuba lakonkan watak Salina atas pemahaman sendiri dan bimbingan abang Osman. Memang dalam setiap watak yang kita pegang, diri ini akan menjadi orang lain. Tapi pada awalnya ada juga sesekali keluar diri sendiri dan bukannya Salina.

“Mujur Abang Osman dapat mengawalnya. Lama kelamaan, saya bagaikan ‘dirasuk’ dengan watak dan karakter Salina,” katanya sambil memberitahu barisan pelakon pun turut menyertai kelas lakonan di bawah bimbingan Ellie Suriaty tiga minggu sebelum penggambaran berlangsung.

Aaron sangat menyenangkan.

Izara turut menyifatkan Aaron sebagai pelakon yang sangat menyenangkan.

“Dia sangat membantu saya untuk kami jadi setara dalam filem ini. Cerita ini pun mengenai lelaki yang berkahwin dengan wanita muda. Jadi tak sukar untuk saya menjelmakan hal itu,” katanya.

Kau Yang Satu diarahkan Osman Ali membariskan pelakon seperti Aaron Aziz, Hisyam Hamid, Dr. Soo Wincci, Ahya Rosli, Rosnah Johari, Amyra Rosli, Zaidi Omar, Wan Hanafi Su dan Kodi Rasheed. Ia akan ditayangkan di pawagam mulai 27 Julai ini. Filem itu terbitan bersama Astro Shaw, Global Station dan Nuansa.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top