Rojak Daily Logo

10 Lagu ‘Evergreen’ Wajib Karaoke!

0
comments
10 Lagu ‘Evergreen’ Wajib Karaoke!
Gambar asal: Columbia Pictures
Boleh dikatakan karaoke adalah antara aktiviti riadah yang digemari rakyat Malaysia. Semua orang tanpa mengira umur boleh enjoy melalak sama-sama. Tak kiralah dengan kawan ke, dengan family ke, dengan bos ke, kadang-kadang sorang pun jadilah! Ada bermacam-macam tujuan orang pergi berkaraoke. Antaranya untuk membantu menghilangkan stress, nak rasa enjoy bila nyanyi ramai-ramai, tak pun kot ada yang baru patah hati tu, nak luahkan perasaan sedih dan hiba melalui lagu-lagu jiwang rock kapak. Sabar ya buat yang sedang bersedih hati tu. Okay lah sambil baca artikel ni marilah kita karaoke bersama-sama ya? Enjoy!

Search - Isabella


Sebut Isabella je, mustahil ramai yang tak tahu opening line lagu ini kan? Gabungan mantap Amy Search, Jamal Abdillah, Zamani, dan Saleem memberi nafas segar kepada lagu ini yang dinyanyikan semula pada tahun 1998. Tahun tu memang meletup lagu ni, sesiapa yang bernama Isabella mesti feeling habis!

Bumiputera Rockers - Dari Sinar Mata


Bagi mat-mat jiwang, ni mesti antara lagu kegemaran korang kan? Kalau kita nyanyi dan hayati lirik lagu ini, memang hati berbunga beb!

Ziana Zain - Madah Berhelah


Tak complete lah sesi karok kalau takde lagu akak Ziana kita. Memang salute betul kepada sesiapa yang boleh tarik high note lagu ni! Tapi buat mereka yang menyanyi tak kesampaian tu, jangan risau, kitorang tak judge korang, confidence tu penting! 

Slam - Gerimis Mengundang


Lagu ni ibarat macam Abang Zamani kita, tak lapuk ditelan zaman. Share lah sikit bang, rahsia awet muda tu. Kalau korang nak tahu lagu ni SANGAT lah popular pada tahun 1996 sehinggakan ianya dinyanyikan ke dalam pelbagai bahasa di serata dunia! Power gila kan?

Iklim - Suci Dalam Debu


Alunan suara gemersik Saleem memang boleh menikam jiwa dan raga. Tiada siapa yang boleh menandingi keunikan suara beliau. Lagu ni boleh dikatakan antara lagu yang berhantu dan masih berhantu sehingga kini. Bila tengok balik video muzik lagu ni, mesti teringat zaman simpan rambut mullet dulu kan? Hehe.

Samsons - Kenangan Terindah


Baik korang mengaku cepat, mesti lagu ni selalu dinyanyikan especially bila baru break up dengan kekasih hati kan? Lebih-lebih lagi yang tengah jiwa kacau dan frust menonggeng tu. Kalau terdengar lagu ni sikit pun dah cukup untuk mengalirkan air mata sebab terkenang si dia. Betul tak? Sudah-sudah la tu, ramai lagi gadis dan jejaka single di luar sana. Ingat, bunga bukan sekuntum, dan kumbang bukan seekor.

Wings - Sejati


Tak rockers sejati lah tanpa lagu Sejati kan? Lagu ciptaan M.Nasir ini telah membuatkan ramai jejaka-jejaka di luar sana yang merasakan diri dia cool dan sado macam Awie.  Lebih-lebih lagi waktu nyanyi starting lagu ni. Memang macho habis lah!

Anuar Zain - Keabadian Cinta


Kalau tadi kita nyanyi lagu kakak dia, sekarang turn adik dia pulak. Sesiapa yang menyanyikan lagu ni pasti akan rasa happy dan sangat dilamun cinta.Tak dinafikan, Anuar Zain mempunyai banyak lagu yang catchy dan mudah diingati.  Ketampanan dan suara lunak beliau menjadikan dia di antara penyanyi yang digilai ramai wanita dan juga lelaki di Malaysia. (Kaum Adam, jangan tipu, korang minat dia jugak kan!) 

Spoon - Rindu Serindu Rindunya


Pasti ramai yang rindukan kumpulan ini, terutamanya suara syahdu penyanyi utama mereka, Allahyarham Along. Lagu ni dituju khas buat mereka yang merindui seseorang di luar sana. Sama ada untuk yang masih hidup atau yang telah pergi, karya ini memberi gambaran jelas kesakitan merindui seseorang itu.

Ella & Awie - Baldu Biru


Gandingan suara manja dan serak-serak basah Ella yang sememangnya menjadi dambaan ramai gadis di luar sana dan juga vokal mantap Awie, membuatkan lagu duet ini sangat win! Mesti waktu nyanyi lagu ni ada feeling macam tengah buat konsert kan? Hehe.

LAGU BONUS

Man Bai - Kau Ilhamku

Lagu ni selalunya waktu dah nak hujung-hujung karaoke tu, barulah seronok nak nyanyi. Sebab apa? Dapat nyanyi ramai-ramai, rasa macam ada ikatan ukhwah yang kukuh gitu. Haha. Padahal nak habiskan limit masa lagu tu kan? Hehe. Apa-apa pun lagu ni memang legend.
 
 
Comments