CLOSE
CLOSE

Alif Satar Tidak Tertekan Berganding Dengan Neelofa

Drama Red Velvet bakal bersiaran di Astro, Oktober nanti.


  • Share:

Alif Satar Tidak Tertekan Berganding Dengan Neelofa
Profesional dengan tuntutan kerja. (Gambar: RDK Pic Library)

Dijangka memulakan penggambaran bersama aktres sensasi Neelofa pada Ogos ini, Alif Satar selaku bintang utama dengan bintang bertudung terkenal itu buat pertama kalinya akan disatukan dalam drama Red Velvet yang bakal diarahkan Michael Ang.

Papa hot kepada dua anak perempuan, Alisha Anugerah dan Ariana Mecca itu dilihat tidak menjadikan gandingannya dengan Neelofa sebagai satu tekanan besar yang mendorong kepada rasa kebimbangan. Umum tahu Neelofa yang pernah mencipta fenomena dan rantaian kontroversi tersendiri selepas membintangi drama Suri Hati Mr Pilot bersama Fattah Amin sebelum ini.

Mampukah Red Velvet mencipta fenomena?

Hinggakan wujud terma yang menggabungkan peminat Neelofa dan Fattah dengan gelaran Lofattah.

Alif sendiri juga tak kurang hebatnya kerana pernah mencipta fenomena dan sensasi selepas drama lakonannya bersama Siti Nordiana, Dia Semanis Honey menjadi hit.

Lalu apakah pula gandingan Alif dan Neelofa kali ini yang dijangka bersiaran di Astro Oktober depan akan mencipta fenomena sekali lagi?

“Saya tidak terlalu memikirkan hal lepas. Saya dan Fattah individu yang berbeza. Namun sebagai pelakon yang sentiasa cuba belajar setiap benda yang baru saban hari, pastinya diri ini akan buat yang terbaik untuk drama Red Velvet.

Pikul amanah untuk memberikan yang terbaik.

“Amanah yang diberi akan saya pikul sehabis baik. Soal sama ada Red Velvet bakal mencetuskan fenomena atau sebaliknya, ia bukan bidang kuasa saya. Pastinya saya harapkan drama itu akan mendapat sambutan baik. Insya-Allah,” katanya.

Mengenai gandingannya itu, Alif yang juga berbakat sebagai pengacara dan penyanyi realistik dan profesional dalam setiap tuntutan kerja yang diberikan.

Isteri pun turut teruja.

“Saya profesional dalam setiap kerja yang dilakukan. Isteri (Shadila Halid) juga sedia maklum akan hal terbabit. Tak ada wujud istilah cemburu kerana isteri tahu kerja seni saya.

“Dia sendiri pun teruja dan tak sabar menantikan gandingan kami,” katanya.

Sementara itu, bercerita lanjut mengenai pembabitannya dalam telefilem istimewa, Memori Pajeri Nenas, aktor kacak itu memberitahu wataknya menuntut dia belajar cara memasak dengan betul di laman YouTube selain dibantu dua chef khas ketika penggambaran diadakan.

Setiap kerja perlukan homework.

"Orang mungkin beranggapan ia hanya sebuah lakonan. Namun homework sebegitu amat penting dan perlu supaya watak yang saya pikul itu kelihatan seperti seorang profesional dalam televisyen.

"Saya pun banyak menonton chef luar negara cara pegang pisau dan potong bawang dengan betul,” katanya.

Telefilem khas itu turut membariskan pelakon hebat seperti Siti Saleha dan Tiz Zaqyah. Ia boleh ditonton menerusi tempahan di Astro First Eksklusif, saluran 480 mulai 20 Julai ini.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top