CLOSE
CLOSE

10 Sebab Kenapa Anda Perlu Menonton Filem Kau Yang Satu

Akan menemui anda di pawagam 27 Julai ini.


  • Share:

10 Sebab Kenapa Anda Perlu Menonton Filem Kau Yang Satu
Gambar: Astro Shaw

"Tiada lagi setelah kau apatah lagi sebelummu..."

Peminat novel dan penggemar filem pasti tertunggu-tunggu filem adaptasi novel paling laris yang diterbitkan pada tahun 2007, iaitu Kau Yang Satu (KYS). Akhirnya setelah dua tahun, filem ini bakal menemui anda semua bermula 27 Julai 2017 di pawagam seluruh tanah air. Semalam telah berlangsung malam gala tayangan perdana filem KYS dan ini apa yang boleh kami simpulkan setelah selesai menonton filem tersebut. 


10 Sebab Kenapa Anda Perlu Menonton Filem Kau Yang Satu

1. Peminat novel terutamanya novel romantik terbitan Alaf21 pasti tahu novel best seller tahun 2007 iaitu Kau Yang Satu karya Nia Azalea. Jika selama ini anda teruja membaca novel ini sehingga terbayang watak-wataknya, kini anda boleh saksikan watak-watak tersebut di layar perak.

Salina dan Zul.

2. Gandingan hebat pelakon Aaron Aziz, Izara Aishah, Hisyam Hamid, Soo Wincci, Amyra Rosli, Zaidi Omar, Kodi Rasheed, Rosnah Johari dan Wan Hanafi Su saling melengkapi flem KYS.

3. Kalau anda seorang penggemar naskhah Osman Ali, anda tidak seharusnya melepaskan peluang untuk menonton KYS. Sutradara yang cukup terkenal dengan karya seperti Anak Halal, Cun, Ombak Rindu dan Pilot Cafe ini berjaya mencorakkan filem ini dengan jiwa dan rasa yang cukup sempurna.


Taufik dan kekasihnya, Isabella.

4. Runut bunyi filem KYS dengan judul yang sama nyanyian Indah Ruhaila begitu meruntun hati. Filem ini turut mempunyai lagu runut bunyi kedua iaitu Jatuh Cinta nyanyian Alif Satar.

5. Tempat penggambaran yang dilakukan di Pahang, Selangor dan New Zealand sangat cantik terutamanya rumah kampung Sulaiman (Wan Hanafi Su) dan villa Datuk Mustaza (Zaidi Omar) yang terletak berhadapan dengan pantai.

6. Soo Wincci membawakan watak Isabella, model popular dengan dendam kesumat dalam filem ini. Siapa sangka rupanya Ratu Malaysia Dunia tahun 2008 ini boleh membawakan watak jahat dengan baik sekali sehingga akhirnya anda akan berkata 'padan muka' pada Isabella.

Apa terjadi pada Isabella?

7. Lakonan Izara Aishah sebagai Salina, gadis kampung yang ikhlas menerima percaturan jodoh bapanya dan Datuk Mustaza memang menjadi. Dengan berbaju kurung, tudung bawal dan berwajah polos, Izara begitu menjiwai watak Salina dengan baik.

8.Ini adalah gandingan pertama Aaron Aziz dan Izara Aishah di layar perak. Ada beberapa momen Taufik dan Salina yang agak awkward apabila cuba memulihkan hubungan mereka akan membuatkan anda tersenyum sendiri.

9. Pelakon hebat Ellie Suryaty menjadi jurulatih lakonan bagi filem ini. Oleh sebab itulah Hisyam Hamid dilihat begitu senang mengalirkan air mata, sekaligus membuatkan penonton berasa simpati dengan nasibnya apabila kekasih hati berkahwin dengan orang lain. 

Siapa yang berjaya merebut hati Salina?

10. Filem KYS adalah filem sarat pengajaran yang bukan sahaja menghiburkan, malah ia mengajar kita erti kekeluargaan, persahabatan dan tanggungjawab. Dikatakan mampu mengulangi kejayaan filem Ombak Rindu, KYS diharap dapat menggembalikan kegemilangan filem melayu.
 

Datuk Mustaza diselamatkan sekumpulan nelayan.

Sinopsis Filem Kau Yang Satu:

Salina dijodohkan dengan Taufik atas pilihan keluarga. Salina cuba mencintai Taufik namun hati Taufik hanya untuk Isabella. Sementara itu, bekas kekasih Salina, Zul bekerja di syarikat milik Taufik. Konflik antara mereka timbul kerana Taufik tahu Zul dan Salina masih ada rasa sayang antara satu sama lain. Malah Taufik juga mula rasa cemburu. Siapakah yang akan menjadi pilihan Salina?


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top