Rojak Daily Logo

Berdebar Menanti 5 September

0
comments
Berdebar Menanti 5 September
Tahun ini kami label sebagai tahun bertuah Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor. Baru berusia 27 tahun, namun terlalu banyak pencapaian membanggakan pemilik rangkaian tudung, minyak wangi dan tas tangan jenama Naelofar. Tudung jenamanya telah menjengah pasaran antarabangsa, menembusi pasaran Brunei, Singapura, Indonesia, Amerika Syarikat dan Australia. Dalam usia yang terlalu muda, Neelofa telah membuktikan dia layak diangkat sebagai ahli perniagaan berjaya

Lebih manis, tahun ini namanya diumum sebagai Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2015 yang melayakkannya membawa pulang kereta Volkswagen Passat.

Terbaharu, ketika majlis rumah terbuka Naelofar Hijab di De’Gouffron, Taman Pinggir Tun Dr Ismail, Neelofa mengumumkan bakal menunaikan rukun Islam Kelima bersama ibu dan bapanya. Lofa akan berangkat ke Tanah Suci pada 5 September dan akan berada di sana selama 15 hari sehingga 20 September.

Gambar Neelofa bersama ibu dan adik beradiknya: Facebook @Neelofa

Menurut Lofa, "Saya hanya mampu berdoa supaya perjalanan saya kali ini dipermudahkan. Saya tidak tahu apa ujian yang akan diberikan Allah nanti. Saya sentiasa mengingatkan diri setiap apa juga dugaan Allah adalah untuk membawa saya lebih dekat kepada-Nya. Apa yang penting, saya perlu lakukan persiapan mental dan tidak akan lupa memohon segala urusan hidup diberkati Allah selain berdoa dipercepatkan jodoh.” Ujar pelakon Azura 2016 dan Lemak Kampung Santan serta pengacara MeleTop ini yang sedang sibuk berlakon drama Suri Hati Pilot arahan Michael Ang.  
 
 
Comments