Rojak Daily Logo

8 Kelab Peminat Artis Paling Berpengaruh di Media Sosial

0
comments
8 Kelab Peminat Artis Paling Berpengaruh di Media Sosial
Ayda Jebat punyai peminat tegar yang sentiasa menyokong kerjayanya. (Gambar:malaysiagazette.com)

Tidak mudah bergelar artis kerana setiap tindak tanduk menjadi perhatian dan perdebatan peminat. Ada sahaja yang tidak kena di mata netizen. Lapan artis ini antara yang paling kerap menjadi topik perbincangan di media sosial.

Gambar: Instagram/aydajebat

Ayda Jebat

Kemenangan anak kelahiran Melaka dalam Anugerah MeleTop Era 2016 (AME 2016) untuk lima kategori yang dipertandingkan termasuk Top Top MeleTOP (wanita), Penyanyi MeleTOP, Lagu MeleTop, Pelakon MeleTop dan Drama MeleTOP. Kemenangan besar ini menjadi pertikaian kerana dia telah mengalahkan Dato’ Siti Nurhaliza yang membuatkan Ayda Jebat tertekan.

Gambar:Instagram/aydajebat
Gambar: Instagram/missfazura

Fazura

1.9 juta pengikut di laman Instagram. Setiap kontroversi yang menimpanya, ramai peminat yang mengeji dan ramai lagi yang memuji. Fazura tetap berdiri teguh. Fazura beberapa kali bergaduh dengan selebriti lain seperti menyindir Neelofa, kurang senang dengan Hanez Suraya yang dikatakan meniru gayanya dan pertengkarannya dengan Sara Ali. Fazura juga dikatakan sering bergaduh dengan peminatnya. Isu KimK dan dia pernah melabel peminat sebagai iblis. Di sebalik sikapnya itu ramai yang meminati dan mengagumi kecantikannya.

Gambar: Instagram/missfazura
Gambar: Instagram/zizanrazak869

Zizan Razak

Pelbagai kontroversi melanda Zizan Razak bermula dengan kisah percintaan dengan wanita yang bersilih ganti. Ramai yang bertanyakan tentang tarikh bila dia akan menamatkan zaman bujang. Belum lagi kisahnya dengan pengurusnya Marina Juki, percintaan dengan bekas isteri Eizlan Yusuf dan dia dikatakan menyekat periuk nasi orang. Namun peminat Zizan seramai 2.8 juta dan Zizan's True Fans sentiasa ada untuk memberinya sokongan.

Gambar: Instagram/Instagram/zizanrazak869
Gambar: Instagram/rozitachewan1

Rozita Che Wan

Apa sahaja yang dilakukan Che Ta, ada sahaja yang dilihat tidak kena di mata peminat. Jika dahulu isu percintaannya dengan pemuda yang jauh lebih muda, perkahwinannya dengan Zain Saidin kepada isu anak-anak yang dimanjakan dan dikatakan gayanya tidak kena dengan usia. Terbaharu, gaya Che Ta mengenakan purdah ketika mengerjakan umrah mendapat perhatian netizen.

Gambar: Instagram/rozitachewan1
Gambar: Instagram/noradanish

Nora Danish

Status sebagai ibu tunggal yang cantik serta digilai lelaki tentunya sukar untuk Nora. Satu demi satu kontroversi memalit namanya. Namanya naik dikatakan atas faktor wajah bukannya bakat semata-mata. Begitu juga kontroversi tudung yang digayakan, hubungannya dengan keluarga bekas mertua dan anak tunggalnya Rayqal serta percintaannya dengan Nedim. Di sebalik kontroversi itu Nora Danish terus bersinar dalam industri seni dan perniagaan.

Gambar: Instagram/noradanish
Gambar: Instagram/kupu_kupu

Nabila Huda

Kehebatan anak penyanyi rock terkenal Amy Search ini dalam bidang lakonan tidak perlu dipertikai. Gaya hidup dan cara pemakaiannya juga mendapat perhatian. Kisah perkahwinan dahulu yang kecundang dan hubungan renggangnya dengan bapa antara kontroversi yang menimpa. Abil cukup kebal dan mengambil sikap tidak endah dengan permainan keyboard warrior ini kerana yang lebih penting jutaan peminat yang menyokongnya.

Gambar: Instagram/shahilaamzah

Shila Amzah

Anak gadis penyanyi N.D. Lala ini dikatakan merajuk dan membawa hati ke China. Shila ternyata menidakkan hal ini dan mengakui rezekinya lebih memihak di China. Shila juga dikatakan menyelar wartawan tempatan yang tidak menyokong kerjayanya tetapi lebih berminat kepada kisah peribadi. Peminat Shila yang menyokongnya berperang mulut sehingga melibatkan Dato’ Siti dalam hal tersebut.

Gambar: Astro Awani
Gambar: Instagram/ctdk

Dato' Siti Nurhaliza

Lebih 20 tahun berkecimpung dalam industri, Dato’ Siti cukup mahir dengan selok belok dunia artis. Peminatnya juga semakin matang dan lebih tenang dalam menghadapi pelbagai tohmahan negatif. Cuma sekali sekala peminatnya melenting tetapi Dato’ Siti bijak mengawal keadaan. Peminat seramai 2.8 juta dan Siti Zoners inilah yang menjadi tulang belakang Dato’ Siti untuk terus berada di atas.

 
 
Comments