CLOSE
CLOSE

Buat Pertama Kalinya, DNCE Live Di Kuala Lumpur

Hi Joe Jonas!


  • Share:

Buat Pertama Kalinya, DNCE Live Di Kuala Lumpur
Gambar: Billboard

DNCE akan muncul buat pertama kalinya di Malaysia pada 8 Ogos ini dan dibawakan kepada anda oleh Universal Music Malaysia dan Wilbros yang merupakan kolaborasi kali pertama kedua pihak ini  untuk merealisasikan impian peminat-peminat DNCE di Malaysia.

Dianggotai oleh  Joe Jonas (dahulunya dari kumpulan Jonas Brothers) dan ditubuhkan pada musim panas 2015, DNCE menampilkan pemain gitar JinJoo Lee, pemain bass/keyboardist Cole Whittle dan pemain drum, Jack Lawless, yang dilahirkan dari perancangan lama Jonas untuk melancarkan projek yang diilhamkan oleh Earth, Wind & Fire serta Hall & Oates.

Universal Music Malaysia telah melancarkan aktiviti yang dinamakan ‘stream to unlock’ sebagai salah satu cara mendapatkan perhatian dan respon peminat di Malaysia. Para peminat harus men’stream’kan album DNCE seberapa banyak yang boleh sebagai tanda keinginan mereka untuk DNCE muncul di Malaysia. Para peminat malah telah membuktikan kesungguhan mereka kerana kempen ini mendapat sambutan di luar dugaan hanya dalam masa dua minggu dilancarkan.

Daaptkan tiket anda segera!

Kumpulan DNCE mula memperkenalkan diri mereka kepada penonton dunia melalui single debut mereka yang bertajuk Cake By The Ocean yang telah meraih platinum berkembar dan menjadikan mereka salah satu kumpulan terbaik pada tahun 2016. Single perdana tersebut telah berjaya menjadi hits di corong-corong radio dan menjadi salah sebuah lagu yang paling banyak dimainkan. Hingga kini, penggunaan lagu ini telah mencapai lebih enam juta.

Lagu-lagu seperti Tootbrush dan Body Moves juga merupakan kombinasi tenaga remaja dengan bass yang groove dan vokal yang sangat meyakinkan dalam album yang bertajuk DNCE yang telah pun dilancarkan pada bulan November 2016.

Dengan kemunculan DNCE buat kali pertama di Malaysia pada 8 Ogos ini bertempat di KL Live, tiket-tiket konsert boleh dibeli di sini.  Tiket berharga RM288 (PS2), RM388 (PS1) dan RM538 (VIP). Pemegang tiket VIP akan diberikan laluan masuk khas dan barangan istimewa.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top