Rojak Daily Logo

Si Kecil Penyeri Aidilfitri

0
comments
Si Kecil Penyeri Aidilfitri
DP Kaiser bersama Arianna Aubrey (Gambar: Instagram @datopadukakaiser)

Tahun lalu, seorang demi seorang artis tempatan menamatkan zaman bujang. Tahun ini, satu demi satu berita gembira kelahiran si kecil penyeri rumahtangga. Kami senaraikan lima selebriti yang baru menimang cahaya mata pertama. Tentunya Aidilfitri tahun ini bertambah meriah dengan kehadiran orang baru.

Hanis Zalikha & Hairul Azreen

Pasangan yang berkahwin pada 5 Jun tahun lalu telah selamat melahirkan zuriat pertama mereka pada 3 Jun 2016. Bayi lelaki yang dilahirkan pada jam 8.17 malam itu dinamakan Yusuf Iskandar. Berita gembira ini dikongsikan Hairul melalui zaman Instagramnya. Pasangan selebriti ini pernah menimbulkan kontroversi kerana keberanian Hairul melamar Hanis dalam sebuah rancangan realiti terbitan Astro.

 

Siapa nak ikut daddy puasa & terawih angkat tangan Yusuf Iskandar , Selamat Berpuasa drpd Hairul sekeluarga @haniszalikha

A photo posted by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen) on

Yusry & Lisa Surihani

Hampir empat tahun melayari bahtera rumahtangga sejak 23 Februari 2012, sehingga pasangan ini pernah dikutuk, dihina kerana Lisa belum menunjukkan sebarang ciri hamil. Pelbagai tohmahan dilemparkan sehingga akhirnya pada 15 September tahun lalu, bayi perempuan comel selamat dilahirkan. Lisa dan Yusry sepakat menamakannya Yahaira Leanne.

 

Lana Nordin & Daud McKienzie

Pasangan yang disatukan pada 15 Mei 2015 ini dalam sebuah acara gilang gemilang bertempat di Palace Of the Golden Horses telah selamat menimang cahaya mata seberat 4 kilogram pertengahan Januari lalu. Bayi perempuan pasangan Lana Nodin dan Mohd Daud McKienzie ini diberi nama Quinn McKienzie. Sehingga kini, Lana dan Daud belum bersedia berkongsi wajah anak mereka. Tentunya para peminat tidak sabar menantikan wajah comel bayi pan asia, kan?

 

Eina Azman & Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Singh

Ainur Syakina atau lebih dikenali sebagai Eina Azman dan pasangannya Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Singh telah selamat diijab kabulkan dengan berwalikan bapa pengantin perempuan Azman Abdullah pada 31 Ogos 2014 dan telah melahirkan sepasang bayi kembar Mac 2016 yang lalu. Pasangan kembar itu diberi nama Arianna Aubrey dan Karl Kareef.

 

Good afternoon. @aubreykarl @eina_azman #aubreykarl #KarlKareefKK #einaazman #datopadukakaiser

A photo posted by Dato Paduka Kaiser (@datopadukakaiser) on

 
 

My small family. @eina_azman @aubreykarl #einaazman #datopadukakaiser #blessed

A photo posted by Dato Paduka Kaiser (@datopadukakaiser) on

 

Elly Mazlein

Elly Mazlein telah berkahwin pada 9 November 2014 dan telah mengakui bercerai talak satu sekitar tahun lalu. Kini, Elly membesarkan anak perempuannya, Putri Zara Sefhia yang dilahirkan pada 10 Mac lalu sendirinya. Kami doakan Elly tabah.

 
 
Comments